Connect with us

Hi, what are you looking for?

Oilers cemerlang
Oilers muncul pasukan yang sentiasa mencipta nama dalam sebarang kejohanan disertai

FEATURES

OILERS BUKTIKAN MINAT ATASI SEGALANYA

Komuniti oil & gas Malaysia mempunyai pasukan ragbi dengan rekod kecemerlangan yang membanggakan

Jadual tugas yang padat serta waktu kerja yang tidak mengira masa bukanlah penghalang kepada Oilers Rugby untuk muncul sebagai pasukan digeruni lawan.

Ditubuhkan demi minat yang sama dalam sukan ragbi, pasukan Oilers sentiasa mencipta impak dalam setiap kejohanan yang disertai.

Kini keahlian Oilers mencecah 100 orang di seluruh Malaysia, semangat setiakawan tetap diteruskan meskipun kekangan serta kesibukan tugas harian masing-masing yang terlibat dalam industri minyak dan gas.

Jurucakap pasukan Oilers, Khairil Hafizi Khairi Thaw berkata, pasukan yang terdiri dari pekerja bidang minyak dan gas itu tetap komited dalam setiap kejohanan ragbi yang disertai.

“Pekerja oil and gas tidak kira di laut dan di darat, mereka akan turun padang menjalani latihan bersama-sama sehingga ke hari kejohanan.

“Ini kerana ragbi merupakan sebahagian dari hidup kami. Semangat kami pada ragbi tetap utuh walaupun terdapat banyak kekangan dan halangan, kami tetap akan turun padang,” katanya kepada Ragbi.My.

Khairil Hafizi sewaktu beraksi dalam satu kejohanan di Pantai Timur

Antara kejohanan yang pernah disertai ialah UMK 10, UKM 10, Balik Pulau 10, KFC 10, Putrajaya Open Veteran, Kemaman 10, Terengganu 7 dan banyak lagi.

Kebanyakan kejohanan ragbi komuniti yang disertai Oilers berjaya meraih kedudukan kedua tertinggi dalam setiap perlawanan.

Bukan itu sahaja, Oilers juga pernah dinobatkan sebagai pasukan komuniti ragbi paling aktif di Pantai Timur.

Menurutnya, misi utama penubuhan komuniti ragbi ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan pekerja industri minyak dan gas ini dengan masyarakat setempat.

“Kami mahu mewujudkan ‘networking’ yang baik dengan komuniti dan juga syarikat minyak dan gas yang lain.

“Ini kerana pemain terdiri daripada syarikat yang berbeza dan dari sini kami boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain,” katanya.

Bermula dengan kejohanan komuniti, Oilers bertambah aktif dengan menyertai kejohanan liga, kelab dan juga negeri sehingga membawa naik nama pasukan.

Khairil Hafizi berkata, apa sahaja liga komuniti mahupun kelab yang bertanding di setiap negeri akan disertai Oilers dengan jayanya.

“Apabila ada kejohanan di negeri Terengganu, pasukan Wilayah Pantai Timur akan turun padang untuk sertai.

“Begitu juga kejohanan di Selangor, pasukan Wilayah Tengah akan bermain pada kejohanan tersebut. Tiada masalah dari segi jadual kerja atau komitmen lain kerana jadual kami telah siap dari awal lagi,” katanya.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih menyaksikan Oilers berjaya menghantar beberapa pemain untuk mewakili pasukan ragbi Petronas.

Pasukan tersebut berjaya menjadi juara pada kejohanan ragbi GLC empat penjuru. Ia satu pencapaian yang membanggakan Oilers kerana berjaya melahirkan pemain berbakat.

Menurutnya, Oilers kini dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan sebagai pasukan kelab dalam masa terdekat.

“Kami masih lagi dalam kategori pasukan komuniti dan permohonan kelab terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

“InsyaAllah, selepas pandemik ini berakhir, kami akan usulkan permohonan agar dapat mengembangkan sayap penglibatan Oilers dalam sukan ragbi negara,” katanya.

Ikuti pelbagai liputan serta kupasan industri sukan di Malaysia khususnya ragbi dibawakan oleh majalah ragbi pertama di Malaysia. Langgan sekarang untuk menemani anda sepanjang PKP ini.

Edisi terkini Ragbi.MY dengan pelbagai liputan komunit ragbi di Malaysia

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0