Connect with us

Hi, what are you looking for?

Padang Merbok di Jalan Parlimen

FEATURES

Padang Ragbi “Keramat” Di Lembah Klang

Sebelum kemunculan stadium serta padang-padang moden yang lengkap dengan fasiliti, penggiat ragbi pernah bergelumang dalam lumpur dan selut di lokasi-lokasi seperti disenaraikan

Pemain serta peminat ragbi tanahair tahun 80-an/90-an pastinya tidak akan melupakan padang-padang “keramat” sekitar Lembah Klang yang terlalu banyak menyimpan memori suka duka sepanjang karier mereka sebagai pemain.

Sebelum kemunculan stadium serta padang-padang moden yang lengkap dengan fasiliti, penggiat ragbi zaman 80 hingga 90-an pernah bergelumang dalam lumpur dan selut di lokasi-lokasi seperti disenaraikan di bawah:

Padang Utara

Terletak di Petaling Jaya, aktiviti ragbi pada awalnya bertumpu di Padang Timur (berhadapan Amcorp Mall) namun pada awal tahun 1980 Padang Utara dijadikan venue bagi perlawanan melibatkan pasukan Selangor. Lokasinya yang strategik, mudah diakses serta bayaran sewa yang agak murah menjadikan Padang Utara lokasi popular untuk ragbi. Kini Padang Utara diurus dan dikawal selia oleh kelab ragbi Cobra.

Padang Selangor Club

Generasi masa kini pastinya tidak mengetahui bahawa padang di Dataran Merdeka ini sebenarnya menyimpan khazanah penting sejarah ragbi negara. Perlawanan ragbi pada tahun 80-an dimainkan di sini namun di awal 90-an padang ini tidak lagi digunakan sebagai  gelanggang. Perlawanan ragbi diteruskan di padang Bukit Kiara sebagai menggantikan pengambilalihan padang ini.

Padang SMSS Cheras

Padang sekolah ini yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras (dahulunya dikenali Kampung Congo) juga banyak menyimpan sejarah ragbi. Padang ini bukan sahaja digunakan untuk pertandingan ragbi peringkat Wilayah Persekutuan, malah dijadikan venue kejohanan kebangsaan seperti MSSM – KRM Milo pada tahun 90-an serta lokasi pemanas badan pasukan ragbi antarabangsa yang bertandang ke Kuala Lumpur.

Padang Merbok

Antara padang cukup terkenal dalam sukan ragbi. Bagi pasukan dan kelab di Kuala Lumpur dan Selangor, Padang Merbok seringkali menjadi lokasi perlawanan mahupun latihan di hujung minggu. Keadaan sekitar yang tenang dan menghijau memberikan udara segar kepada pemain dan peminat yang datang menyokong pasukan masing-masing.

Stadium MINDEF Jalan Semarak

Bagi “orang lama”, stadium ini juga banyak menyaksikan kejayaan pasukan-pasukan ragbi tempatan bersaing bagi merebut gelaran selaku juara. Terletak di Jalan Semarak, stadium ini menjadi tuan rumah dalam aksi saingan liga tempatan.

Padang Bellamy

Terletak di Pangkalan TUDM Sungai Besi, Padang Bellamy menjadi venue perlawanan ragbi seperti Piala Agong dan Malaysia Rugby League. Sangat sinonim dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM Blackhawk, padang ini terus menjadi venue kepada perlawanan melibatkan pelbagai pasukan dan kejohanan tempatan.

Padang PULAPOL

Jika ATM mempunyai Padang Bellamy, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula memiliki padang PULAPOL yang turut terkenal sebagai venue ragbi di Lembah Klang. Kewujudan padang ini menyemarakkan lagi pembangunan ragbi dengan menyediakan platform kondusif dan mudah diakses.

Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Stadium paling diingati oleh peminat ragbi pada tahun 1998 apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel Kuala Lumpur menyaksikan acara 7’s dipertandingkan buat pertama kalinya. Di stadium ini jugalah lagenda ragbi All Blacks Jonah Lomu beraksi dengan memukau ribuan penonton menyaksikan perlawanan akhir bertemu Fiji. Selain Sukan Komanwel, stadium ini menjadi venue untuk Cobra 10’s, Malaysia 7’s serta Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ikuti kami untuk pelbagai informasi menarik dan terkini berkaitan ragbi di Malaysia, hanya di Ragbi.MY.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

PENUBUHAN MALROSE BERI PELUANG KOMUNITI RAGBI TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

NEWS

Asia Rugby, working with its Competitions Committee, Player Welfare and Medical Committee, relevant stakeholders and in line with the Return to Play Guidelines provided...

NEWS

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Malaysia Rugby (MR) plans to name their development programme for match officials as ‘Akademi Cikgu Maniam’ in memory of the services...

FEATURES

Tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran khususnya buat penggiat sukan ragbi bakal berlalu pergi. Sejak penularan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan...

Advertisement
0