Connect with us

Hi, what are you looking for?

pak itam
Sentiasa tenang dan ceria menjadikan Pak Itam antara lagenda ragbi disegani

FEATURES

PAK ITAM LAGENDA RAGBI NEGARA

Kini Pak Itam menabur bakti membangunkan bakat-bakat baru ragbi tanah air

Nama Yusli Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Itam memang tidak asing lagi dalam sukan ragbi negara.

Otai ragbi berusia 52 tahun ini mengenang kembali zaman kegemilangannya bersama Ragbi.MY

Menceritakan detik awal penglibatannya dalam sukan ini, Pak Itam memberitahu semuanya bermula di sekolah rendah lagi ketika beliau berusia 12 tahun.

Mula mewakili pasukan ragbi sekolah King Edward VII, Taiping, minatnya terhadap sukan ragbi semakin mendalam.

Pada usia 18 tahun, anak kelahiran Taiping, Perak ini menyertai Kelab Taiping Tigers pada awal penglibatannya dalam kelab ragbi.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyertai beberapa kelab ragbi bagi mengasah bakatnya antaranya Kelab Bandaraya Dragons, COBRA, Bank Bumi, Royal Selangor Club dan MACOBA.

Bakat dan ketangkasannya dalam sukan ragbi telah berjaya menempatkan dirinya sebaris pemain hebat apabila terpilih menjadi pemain negeri Perak dan juga Kuala Lumpur pada 1980-an.

Menurutnya, kejayaan demi kejayaan yang diraihnya telah membawa dirinya menjadi atlet ragbi negara apabila terpilih mewakili Malaysia pada tahun 1989.

“Kemuncak kejayaan saya apabila terpilih untuk bermain pasukan Malaysia bawah 23 tahun. Saya bermula dari bawah dan tidak sangka terpilih untuk mewakili negara. Saya juga bermain untuk pasukan Malaysia 15 sepasukan (15’s) dan Malaysia 7’s. Banyak kejayaan yang kami lakar dalam setiap kejohanan termasuk antarabangsa,” katanya.

Antara kejohanan antarabangsa yang disertainya ialah Asia Rugby Games di Sri Lanka (1990), Taiwan, Hong Kong 7’s, Singapura dan banyak lagi.

Satu demi satu kejayaan diraih antaranya pingat Perak dalam Sukan SEA di Chiang Mai, Thailand, pada 1995.

Bermain di posisi ‘forward’ dan memiliki ketinggian 180 sentimeter memberi kelebihan buat Pak Itam untuk beraksi di kejohanan antarabangsa.

Paling membanggakan, beliau berjaya menempatkan Malaysia berada di kedudukan ke-12 pada Sukan Komanwel 1998.

“Kami banyak bermain di luar negara seperti London, Sepanyol, Fiji dan banyak negara lain. Pengalaman bermain dengan pasukan luar ini banyak mengajar kami tentang corak permainan ragbi mereka.

“Dari situ, kami perbaiki mana yang kurang dan seterusnya mencipta momentum baru dalam setiap perlawanan sehingga berjaya memperbaiki kedudukan negara pada Sukan Komanwel,” katanya.

Itu antara kenangan manis Pak Itam di sepanjang era kegemilangannya pada tahun 1990-an. Namun, terselit juga kisah pahit buat bekas Kapten Malaysia ini.

Beliau pernah digantung selama dua tahun dari sebarang perlawanan gara-gara menumbuk pengadil pada perlawanan Piala Agong 1991.

Tindakannya itu mengundang padah terhadap dirinya apabila terpaksa berehat selama dua tahun dari sukan ragbi.

“Saya tidak tahu apa punca saya menumbuk pengadil itu, mungkin jiwa muda saya ketika itu membuatkan saya hilang sabar.

“Kejadian ini banyak mengajar saya tentang erti sabar. Saya jadikan ini sebagai pengajaran buat diri saya agar sentiasa menjaga tingkah laku baik ketika bermain atau di luar padang,” katanya.

Pak itam yang kini menjadi pembantu jurulatih pasukan ragbi kebangsaan ini turut berkongsi tip dengan anak didiknya.

Menurutnya, setiap pemain perlu ada lima sifat iaitu disiplin, sabar, respek, integriti dan solidariti.

“Lima sifat ini perlu ada dalam diri setiap pemain. Paling utama adalah disiplin yang akan menentukan kita berjaya atau tidak,” katanya.

Beliau yang turut dilantik menjadi World Rugby Educator berkata, sukan ragbi negara telah banyak menunjukkan perubahan positif.

“Malaysia telah banyak membuat pembangunan sukan ragbi khususnya dengan memberi pendedahan awal sukan lasak di peringkat sekolah.

 “Ia satu perubahan yang positif dan kita berharap pendedahan awal ini dapat melahirkan lebih ramai atlet muda yang berbakat,” katanya.

MILIKI EDISI TERKINI MAJALAH RAGBI.MY DI PASARAN

EDISI #17 KINI DI PASARAN

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Penubuhan THOR wajar dijadikan contoh oleh semua pihak dalam melahirkan bakat baru sukan ragbi di peringkat sekolah

NEWS

Uruguay overturned a three-point deficit from the first leg to qualify for Rugby World Cup 2023 as Americas 1. Outscoring the Eagles four tries...

NEWS

A successful e-ballot election

NEWS

The founding president of Malaysia Touch Association (MTA) was declared elected unopposed as the President of MTA after he remained the sole candidate for...

Advertisement
0