Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kediaman musnah akibat banjir di Benta
Antara kerosakan yang disaksikan pasukan AETFT di Benta, Pahang

NEWS

Pasca Banjir: Komuniti Ragbi Hulur Bantuan

Bencana alam yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk menghulurkan bantuan pasca banjir.

Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) organisasi korporat serta orang perseorangan tampil memberi pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa terjejas akibat bencana tersebut.

Laman portal Harian Metro melaporkan seramai 23,938 orang mangsa banjir di Pahang setakat jam 9.00 pagi Isnin (11 Januari) lalu.

Komuniti ragbi tanahair turut tidak ketinggalan membuktikan semangat setiakawan dengan melaksanakan pelbagai usaha serta menyalurkan bantuan pasca banjir kepada mangsa terlibat.

Antara yang terawal menggerakkan pasukan bantuan ialah Serdang Angels dan Ex-Angels yang menubuhkan Angels/ Ex-Angels Task Force Team (AETFT).

Pada 8 Januari lalu, pasukan AETFT memulakan Misi Bantuan Banjir ke Benta, Pahang untuk kerja-kerja pembersihan di rumah Abdul Mu’iz (Serdang Angels) dan kawasan sekitar kejiranan beliau yang musnah akibat banjir.

Pasukan AETFT berada di Benta selama tiga hari bagi membantu penduduk membersihkan kediaman mereka yang rosak teruk ditenggelami air dalam kejadian baru-baru ini.

Pengurus Serdang Angels, Mohd Zyuraidi Abdul Majid turut menyertai pasukan AETFT yang menghulurkan bantuan kepada penduduk di Benta, Pahang (Sumber gambar: Laman FB Serdang Angels Official)
Kompilasi gambar pasukan AETFT sewaktu melaksanakan Misi Bantuan Banjir di Benta Pahang

Sementara itu, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) tidak ketinggalan dalam menghulurkan bantuan pasca banjir kepada penduduk terjejas di negeri tersebut.

Pengurusan tertinggi persatuan diketuai Yang Dipertua PRNT, Amir Amri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua PRNT, Che Mohd Zulkarnain, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, YB Hj Hanafiah Mat turun padang bagi melaksanakan misi itu.

Turut serta Presiden Persatuan Ragbi Kemaman, Aminuddin Sulung yang hadir ke lokasi bersama-sama 28 pemain skuad ragbi Terengganu bagi meringankan beban mangsa di Kemaman.

PRNT prihatin terhadap masyarakat setempat yang terjejas akibat banjir
PRNT berganding bahu laksana misi bantuan pasca banjir di Kemaman

Selain menjalankan kerja-kerja membersihkan kediaman, petugas turut membuat pembahagian barangan keperluan harian selain menyediakan makanan secara bergotong-royong.

Pujian seharusnya diberikan kepada PRNT dan komuniti ragbi di Terengganu yang begitu aktif dalam menjalankan aktiviti kebajikan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan bersama.

Buat penggiat dan peminat ragbi tanahair, teruskan untuk menghulurkan bantuan kepada seluruh lapisan masyarakat yang terkesan akibat bencana ini. Semangat ‘brotherhood’ pemain ragbi bukan hanya setakat di padang, malah meliputi seluruh aspek kehidupan.

Ragbi.MY akan sentiasa membawakan perkembangan terkini situasi pasca banjir di negeri-negeri terlibat dari masa ke semasa. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan pelbagai berita terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa.

Klik di sini untuk melanggan naskhah anda >>

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah...

FEATURES

Suatu masa dulu tanpa media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya, kita hanya bergantung kepada media massa seperti suratkhabar, radio dan televisyen. Zaman...

Advertisement
0