Laman page Facebook Royal Malaysia Police Rugby baru-baru ini memaparkan atlet-atlet ragbi The Blues/ RMP Lady Blues/ Polis Bersatu yang terlibat dalam tugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.
Posting sebanyak 10 episod itu membawakan kepada umum, pemain-pemain ragbi sama ada yang masih aktif, bekas pemain, pemain dari kalangan orang awam, veteran serta pemain import dari Fiji.
Episod 1Kepada semua pemain-pemain @royalmalaysiapolicerugby yang sedang bertugas, sama ada kalian bertugas jaga…
Posted by Royal Malaysia Police Rugby on Friday, April 10, 2020
Melalui posting-posting tersebut, kata-kata semangat ditujukan khas buat semua atlet yang terlibat sepanjang penguatkuasaan PKP di seluruh negara.
Bertemakan “Anda adalah wira di lapangan dan padang” posting di laman page itu semakin mendapat perhatian umum saban hari.
Episod 2Kepada semua pemain-pemain @royalmalaysiapolicerugby yang sedang bertugas, sama ada kalian bertugas jaga…
Posted by Royal Malaysia Police Rugby on Saturday, April 11, 2020
“Kepada semua pemain-pemain @royalmalaysiapolicerugby yang sedang bertugas, sama ada kalian bertugas jaga Roadblock, Ronda Cegah Jenayah, Bilik Gerakan, Sentri, mahupun Standby. Tidak lupa kepada pemain-pemain awam yang sedang berehat bersama keluarga. Didoakan semoga semua urusan dipermudahkan, jaga diri dan kesihatan. Rindu tengok korang beraksi”
Admin RMP Rugby
Tidak ketinggalan juga kata-kata semangat buat pegawai dan anggota wanita PDRM yang membarisi skuad RMP Lady Blues yang turut terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang sepanjang PKP.
Episod 3Kepada semua pemain-pemain @royalmalaysiapolicerugby yang sedang bertugas, sama ada kalian bertugas jaga…
Posted by Royal Malaysia Police Rugby on Saturday, April 11, 2020
Kami sempat menghubungi Superintenden Muhammad Najib Hamzah selaku pengurus pasukan utama PDRM bagi mendapatkan komen beliau.
Jelasnya, posting di laman page tersebut bertujuan mendekatkan lagi hubungan Polis dengan masyarakat di samping menghargai atlet-atlet ragbi yang berkorban tanpa mengira masa, berganding bahu memerangi COVID-19.
Episod 10Kepada semua YDH BOG, pemain & bekas pemain @royalmalaysiapolicerugby yang sedang bertugas, sama ada kalian…
Posted by Royal Malaysia Police Rugby on Saturday, April 18, 2020
“Pada ketika ini, tumpuan semua atlet PDRM yang berkhidmat dalam pasukan adalah pematuhan dan penguatkuasaan PKP, soal permainan diketepikan dahulu buat sementara waktu dan tumpuan terhadap tugas adalah perkara utama buat semua,” kata Najib.
Beliau mengambil kesempatan menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya komuniti ragbi di negara ini untuk sama-sama mematuhi PKP sepanjang pelaksanaannya dan mengamalkan saranan daripada pihak berkuasa.
“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh komuniti ragbi Malaysia yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada PDRM dalam menghadapi pandemik ini”
Superintenden Muhammad Najib Hamzah
Daripada kami di Ragbi.my, ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota PDRM yang setia menjalankan amanah dan tanggungjawab siang dan malam demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam pada situasi sukar ini.
“ANDA ADALAH WIRA DI LAPANGAN & DI PADANG”
#stayhome #opcovid19 #kerjadulumainkemudian #PKP #MCO
You must be logged in to post a comment Login