Connect with us

Hi, what are you looking for?

Pegawai perlawanan malaysia
Jef dan Nik kongsikan pengalaman serta tips jadi pegawai perlawanan cemerlang

FEATURES

PEGAWAI PERLAWANAN MALAYSIA KE PENTAS DUNIA

Ragbi.MY membawakan liputan menyeluruh perkembangan dunia ragbi tempatan

Baru-baru ini Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan dua pegawai perlawanan (pengadil) negara telah dipilih sebagai Asia Rugby Match Official Panel 2021 – 2022.

Pegawai perlawanan dimaksudkan ialah Sevakumaran Sankaralingam yang dilantik sebagai Asia Rugby Coach of Match Official Panel dan Mohd Noor Jefri Mustafa selaku Asia Rugby Emerging Talent Panel.

Sudah pastinya berita itu membuatkan komuniti ragbi tempatan berasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan Asia Rugby kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Mengimbas kembali liputan Ragbi.MY sebelum ini, edisi 7 (2020) kami telah membawakan kisah dua orang pengadil yang mempunyai pengalaman luas dalam melaksanakan tanggungjawab berat sewaktu perlawanan berlangsung.

Temubual eksklusif Ragbi.MY bersama Mohd Noor Jefri Mustafa dan Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah sepanjang bergelar pengadil disiarkan untuk tatapan umum serta rujukan bagi mereka yang ingin menceburi bidang kepengadilan.

Edisi 7 – Temubual eksklusif bersama Jef

Jefri pernah dinobatkan sebagai pengadil termuda dari Malaysia di Panel Asia Rugby pada tahun 2017 manakala, Nik Mohd Ramadhan pula pernah muncul sebanyak dua kali sebagai Pengadil Terbaik Negara bagi tahun 2015-2016 selain turut berjaya menempatkan diri sebagai pengadil Asia dari tahun 2012 hingga 2019.

Jefri berkata, perjalanan menjadi seorang pengadil memang banyak cabaran tetapi itulah asam garam seorang yang bernama pengadil.

“Bagi saya, setiap cabaran baru diterima untuk terus kita belajar. Pasti ada yang manis dan pahit, tetapi itulah asam garam sebagai seorang pengadil. Apa yang penting adalah kekuatan jati diri yang perlu ada untuk sentiasa berfikiran terbuka menerima segala kritikan dan teguran,” katanya yang menceburi bidang kepengadilan pada tahun 2014.

Beliau yang pada mula sebagai pemain ragbi berkata, ada beberapa sebab mendorong peralihannya itu, antaranya keinginan mendalam untuk menjadi pengadil.

“Selain itu, saya juga melihat kekurangan figura pengadil dari kalangan profesional. Apatah lagi ketika bermain, pengalaman berinteraksi dan berkomunikasi bersama pengadil menjadi titik tolak untuk menjadi seorang pengadil yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya lagi.

Sementara itu, Nik Mohd Ramadhan berkata, perlawanan pertama yang diadilinya di peringkat senior kebangsaan adalah Kejohanan Malaysia Rugby Super League di antara DBKL menentang NS Wanderers pada tahun 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, Kuala Lumpur.

Ramadhan berkongsi pengalaman dalam satu temubual bersama Ragbi.MY

“Perasaan saya ketika itu antara gembira dan sedikit gementar kerana kita sedia maklum kedua-dua pasukan membariskan pemain serta bekas pemain kebangsaan, jadi cabarannya memerlukan kita membuat ‘homework’,” kata Ramadhan mengingati detik tersebut.

“Perlu diingat pengadil bukannya mencari kesalahan pemain tetapi sebagai pengurus sesuatu perlawanan bagi membantu pemain bermain dan pasukan yang kuat serta pantas akan dapat peroleh kemenangan,” tambahnya lagi.

Beliau yang juga merupakan seorang pendidik berkata, jika seseorang itu ingin bergiat aktif secara serius sebagai seorang pegawai perlawanan, mereka harus bekerja dan berusaha dengan lebih keras untuk mencapai prestasi yang terbaik.

PENCAPAIAN MOHD NOOR JEFRI

  • Antara yang termuda dari Malaysia ke Panel Asia Rugby bermula tahun 2017
  • Terlibat sebagai pembantu pengadil di Sukan Asia 2018 – Jakarta
  • Sukan SEA 2017 – Pembantu Pengadil
  • Sukan SEA 2019 – Pengadil Perlawanan Pingat Emas Wanita
  • 2019 – Pengadil Final untuk National 7’s dan juga Final Piala Agong
  • Asia Rugby Emerging Talent Panel 2021-2022

PENCAPAIAN NIK MOHD RAMADHAN

  • DILANTIK SEBAGAI PENGADIL  SUKAN SEA KE-29 ( 2017 KUALA LUMPUR ) & SUKAN SEA KE-30 (2019 MANILA)
  • DILANTIK PANEL PENGADIL RAGBI ASIA RUGBY 2012-2019
  • MENGADILI KEJOHANAN RAGBI PERINGKAT ASIA 15 SEPASUKAN (2012, 2013, 2014, 2015)
  • DILANTIK SEBAGAI PENGADIL KEJOHANAN RAGBI PERINGKAT ASIA 7 SEPASUKAN (2012, 2013 ,2015, 2016, 2017)
  • ANUGERAH PENGADIL TERBAIK MALAYSIA TAHUN 2015
  • ANUGERAH PENGADIL TERBAIK MALAYSIA KATEGORI ANTARABANGSA 2016, 2017, 2018
Dapatkan edisi 7 (2020) Ragbi.MY untuk mengikuti artikel penuh temubual bersama Jef dan Ramadhan dengan perkongsian pengalaman dan pencapaian mereka sebagai pegawai perlawanan.
Edisi 7 pegawai perlawanan
Muka depan edisi 7 (2020)

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

NEWS

Asia Rugby, working with its Competitions Committee, Player Welfare and Medical Committee, relevant stakeholders and in line with the Return to Play Guidelines provided...

NEWS

RM2 juta ialah dana diperlukan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi merealisasikan penyertaan dan penganjuran Kejohanan Ragbi Asia (ARC) tahun ini. Memetik laporan BERNAMA,...

FEATURES

Ragbi.MY membawakan kepada peminat ragbi tanahair, senarai penuh kejohanan yang akan berlangsung pada tahun 2021 yang dikumpulkan sebagai panduan bersama. Beberapa hari sahaja lagi...

Advertisement
0