Connect with us

Hi, what are you looking for?

Skuad Bunga Raya

NEWS

Peluang Skuad Bunga Raya Beraksi Di ARC 2021 Kembali Cerah

Pasukan negara bakal mendapat penajaan daripada syarikat korporat

17 FEBRUARI – Peluang pasukan 15 sepasukan (15’s) negara menyertai Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dijadual berlangsung pada Mei ini, tampak kembali cerah meskipun masih bergelut mencari dana dalam melakukan persediaan terbaik menghadapi saingan itu.

Ia selepas Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengesahkan beberapa syarikat korporat menyatakan kesediaan mereka dalam menaja persiapan pasukan negara yang kini menduduki ranking dunia ke-49 dan keenam di Asia.

“KRM sedang memperhalusi strategi persediaan pasukan 15s. KRM telah dimaklumkan kesediaan beberapa syarikat korporat untuk menaja persediaan pasukan kebangsaan dalam menghadapi ARC. 

“Dana yang bakal diperoleh masih kurang daripada apa yang diperlukan dan akan diperoleh secara berperingkat,” menurut Setiausaha Agung Kehormat KRM Amrul Hazarin Hamidon dalam kenyataan hari ini.

Perkara itu antara dibincangkan dalam Mesyuarat Exco KRM secara dalam talian dipengerusikan Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya pada Isnin lepas, selain mengenai penubuhan Akademi Ragbi Malaysia (ARM) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebelum ini, KRM merayu sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk syarikat bagi memberi peluang pasukan ragbi 15’s negara menyertai perlawanan di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya RM2 juta diperlukan bagi mempersiapkan pasukan selama enam bulan.

Sementara itu, KRM memaklumkan ARM yang bakal ditubuhkan akan merangkumi aspek kejurulatihan, kepengadilan dan kepegawaian dalam sukan ragbi selain turut mempunyai cabang dalam memberi fokus kepada pembangunan pengadil menerusi penubuhan Sekolah Cikgu Maniam (SCM).

Sementara itu, mesyuarat turut bersetuju untuk memulakan Projek Ragbi Piala Dunia 2031 (Projek P31) yang melibatkan beberapa fasa dan bakal diletakkan di bawah seliaan Pengarah Pembangunan KRM.

Menyentuh mengenai status pembinaan Stadium Ragbi Negara, KRM memaklumkan sebuah syarikat konglomerat berminat untuk membantu badan induk ragbi negara itu dalam menambah baik prasarana dan penyelenggaraan diperlukan di stadium tersebut. – BERNAMA

Ikuti perkembangan terkini dunia ragbi tanahair dan antarabangsa, dibawakan oleh Ragbi.MY – Majalah ragbi pertama di Malaysia

Dapatkan edisi Januari 2021 menampilkan Afdlin Shauki serta pelbagai kisah menarik dunia ragbi tempatan.

Majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021
Dapatkan edisi Januari 2021 sekarang

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0