Connect with us

Hi, what are you looking for?

KRM
Mesyuarat Agung Tahunan KRM berlangsung pada 19 September lalu

NEWS

PENGGAL EXCO KRM DILANJUT 4 TAHUN

Keputusan sebulat suara dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan KRM

Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang berlangsung pada 19 September lalu telah meluluskan usul menambahbaik dua perkara dalam perlembagaan kesatuan tersebut.

Presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, dua usul tersebut ialah memanjangkan tempoh pelantikan exco daripada tiga tahun kepada empat tahun serta penambahan bilangan exco daripada empat kepada enam orang ahli.

Menjelaskan kepada media, Shahrul berkata, pada ketika ini exco yang dilantik berkhidmat selama tiga tahun namun sejajar dengan amalan badan induk dunia (World Rugby) dan badan Asia (Asia Rugby) ianya ditambahbaik kepada empat tahun.

“Ianya juga sejajar dengan apa yang diamalkan oleh World Rugby dan Asia Rugby serta mengikut kepada penganjuran Piala Dunia Ragbi,” jelasnya.

“Kali terakhir kita adakan pemilihan adalah pada 2019 iaitu tahun piala dunia di Jepun, maka dengan perubahan perlembagaan atau usul itu, penggal ini dipanjangkan sehingga 2023 iaitu juga tahun Piala Dunia Ragbi di Perancis,” kata Shahrul.

“Yang kedua, menambah jumlah EXCO dipilih daripada empat ke enam orang iaitu selain presiden, timbalan presiden dan dua orang naib presiden. Sebelum ini, ada empat orang ahli EXCO biasa yang dipilih tetapi dengan perubahan usul ini, jumlah empat ditambah kepada enam. Ini bertujuan membolehkan lebih ramai lagi penggiat ragbi dipilih mengganggotai KRM,” jelasnya lagi.

Usul tersebut turut meminta agar keanggotaan exco dilantik daripada berlainan jantina sejajar dengan polisi oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Mesyuarat berlangsung secara maya dihadiri kesemua ahli gabungan KRM, manakala Shahrul, Fahmy Jalil (Naib Presiden KRM), Amrul Hazarin Hamidon (Setiausaha Agung Kehormat) serta Dato’ Ahmad Zaki Zahid (Bendahari Kehormat KRM) hadir di ibu pejabat KRM di Kuala Lumpur.

SERTAI SEKARANG! RAGBI.MY RWC VIRTUAL CHALLENGE

RWC Challenge
PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Penubuhan THOR wajar dijadikan contoh oleh semua pihak dalam melahirkan bakat baru sukan ragbi di peringkat sekolah

NEWS

Uruguay overturned a three-point deficit from the first leg to qualify for Rugby World Cup 2023 as Americas 1. Outscoring the Eagles four tries...

NEWS

A successful e-ballot election

FEATURES

Kini Pak Itam menabur bakti membangunkan bakat-bakat baru ragbi tanah air

Advertisement
0