Connect with us

Hi, what are you looking for?

Skuad Bunga Raya 7's lelaki berjaya menduduki tempat ketujuh keseluruhan selepas mengatasi Filipina

NEWS

PERMULAAN BAIK BUAT SKUAD BUNGA RAYA

Asia Rugby Sevens Series 2021 yang melabuhkan tirainya pada 20 November baru-baru ini memberikan bayangan bahawa skuad Bunga Raya berada di landasan sebenar bagi menghadapi Sukan Asia 2026 di Nagoya.

Perlawanan yang disaksikan jutaan peminat ragbi tanah air yang disiarkan secara langsung memberikan harapan baru bahawa ragbi Malaysia kembali bangkit setelah menyepi seketika akibat pandemik Covid-19.

Tambah menarik, skuad Bunga Raya 7’s lelaki melaksanakan misi pembalasan dendam dengan jayanya apabila membenam Filipina 28-19 pada perlawanan penentuan tempat ke-7 & 8.

Meskipun kalah tipis sewaktu di peringkat kumpulan, Malaysia bangkit membuktikan kehebatan sebenar dengan menewaskan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu.

Manakala bagi skuad wanita, kegembiraan jelas terpancar apabila mereka turut mengenepikan cabaran Filipina dengan mata 14-5.

Skuad Bunga Raya 7’s Wanita turut mencatatkan kejayaan menbanggakan di Dubai

Kemenangan tersebut menjadikan skuad lelaki dan wanita Malaysia di tangga ketujuh daripada lapan pasukan bertanding dalam edisi kali ini.

Skuad Bunga Raya 7’s wanita sebelum memulakan cabaran di Dubai

Bagi seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini di Dubai, pencapaian ini adalah langkah awal untuk masa depan yang cerah bagi skuad Bunga Raya 7’s.

KEPUTUSAN PENUH SKUAD BUNGA RAYA 7’S

WANITA
Penentuan Tempat Ke7/8
Malaysia 14 – 5 Philippines

Semi Final Plate
Malaysia 0 – 22 Thailand

Peringkat Kumpulan
Malaysia 10 – 12 Sri Lanka
Malaysia 5 – 56 Hong Kong
Malaysia 10 – 40 China

LELAKI
Penentuan Tempat Ke7/8
Malaysia 28 – 19 Philippines

Semi Final Plate
Malaysia 14 – 31 UAE

Peringkat Kumpulan
Malaysia 12 – 19 Philippines
Malaysia 0 – 28 Hong Kong
Malaysia 7 – 40 Korea

DAPATKAN EDISI TERKINI MAJALAH RAGBI.MY DI PASARAN SEKARANG

Ragbi.MY
Edisi #18 menampilkan Wahidah Othaman sebagai penghias kulit depan majalah Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0