Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Persediaan Hadapi Sukan Asia 2026 Bermula Ahad Ini

Malaysia Rugby (MR) telah menyenaraikan 20 orang pemain yang akan memulakan latihan di Kompleks Sukan Negara bermula Ahad ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kehormat MR, Amrul Hazarin Hamidon seperti yang dilaporkan oleh portal berita New Straits Times hari ini.

Menurut laporan tersebut, Kompleks Sukan Negara yang akan dibuka semula bagi tujuan latihan atlet-atlet negara akan dilaksanakan dengan penguatkuasaan SOP yang ketat, namun itu tidak memberi masalah kepada pelatih untuk mematuhinya, jelas Amrul.

Jelasnya lagi, 20 pemain yang disenaraikan terdiri daripada skuad projek Sukan Asia 2026 di Nagoya yang mensasarkan kutipan pingat pada temasya tersebut.

“Latihan akan berlangsung dalam kumpulan kecil supaya pemantauan dapat dilakukan dengan mudah manakala jurulatih akan mengubahsuai program latihan supaya ianya dapat dilaksanakan tanpa sentuhan (non-contact),” katanya lagi.

“Walaupun tiada kejohanan besar berlangsung pada tahun ini namun latihan harus diteruskan memandangkan perancangan jangka panjang telah digariskan buat skuad ini,” ujar Amrul.

Kesemua atlet, jurulatih, pegawai serta kumpulan sokongan yang terlibat dalam latihan akan melalui ujian pengesanan (swab test) dan dikuarantin selama dua hari sehingga keputusan ujian diterima.

Dapatkan majalah terkini Ragbi.my yang sarat dengan pelbagai kisah wira negara & isu semasa!

Klik untuk mendapatkan edisi terkini majalah Ragbi.My

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Pelbagai berita dan aksi tempatan dan antarabangsa dibawakan secara eksklusif oleh Ragbi.MY - Majalah ragbi pertama di Malaysia

NEWS

Sama ada kita sedar atau tidak, sukan ragbi tenggelam seketika sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak bulan Mac lalu. Namun segalanya...

FEATURES

Dalam industri sukan, turun naik sesebuah pasukan dipertanggungjawabkan ke atas jurulatih. Sewaktu prestasi pasukan di kemuncak, jurulatih disayangi oleh pengurusan, namun apabila berlaku zaman...

NEWS

Pandemik yang melanda pada ketika ini memberi impak buruk kepada industri sukan global. Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo, pembatalan liga serta kejohanan ragbi seluruh dunia...

Advertisement
0