Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, skuad wanita 7s negara tetap menumpukan perhatian terhadap program latihan pada ketika ini.
Berlatih berpandukan SOP, skuad wanita yang menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil turut dikuarantin bagi mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan atlet.
Menurut Ketua Jurulatih Wanita Malaysia 7s, Nik Safuan Ismade berkata, program latihan telah dirombak bagi memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MSN.
Justeru, latihan yang dijalankan sepanjang PKP bertumpu kepada latihan asas (individu) selain latihan kekuatan fizikal di gimnasium .
“Program ini akan kekal sehingga mendapat kebenaran oleh MSN untuk meneruskan latihan seperti kontak, teknikal dan taktikal,” jelas Nik Safuan.
“Apa yang penting ketika ini ialah memastikan kecergasan berada pada tahap terbaik,” katanya lagi.

di dalam majalah Ragbi.MY edisi Mei 2020
Pada ketika ini, pasukan wanita 7s negara sedang membuat persiapan menghadapi Asia Rugby Sevens Series yang dijadualkan berlangsung di Incheon, Korea (Siri 1) pada 28 dan 29 Ogos.
Seterusnya Siri 2 akan dimainkan di Huizhou, China pada 11 dan 12 September.
Manakala Siri 3 akan berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 25 dan 26 September 2021.
Meskipun masih di dalam PKP dan tiada sebarang pengumuman berkaitan penganjuran Asia Rugby Sevens Series, latihan diteruskan seperti biasa berdasarkan SOP MSN.

Bacaan berkaitan:
You must be logged in to post a comment Login