Connect with us

Hi, what are you looking for?

Misi Pos Kemar berjaya
Salah seorang guru bertemu dengan anak-anak muridnya untuk mengedarkan modul bercetak hasil sumbangan MALROSE

NEWS

MISI POS KEMAR CATAT KEJAYAAN

INISIATIF MALROSE BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR SK RPS POS KEMAR JALANI PEMBELAJARAN LEBIH SELESA

Misi penghantaran bantuan persekolahan kepada sekolah-sekolah di pedalaman Hulu Perak mencatatkan kejayaan apabila hasil sumbangan tersebut telah memberi manfaat kepada masyarakat orang asli di Pos Kemar, Gerik.

Malaysian Rugby Old Boys For Social Empowerment (MALROSE) yang melaksanakan misi tersebut pada 14 hingga 16 Februari lepas, menerima perkhabaran gembira apabila pihak Sekolah Kebangsaan RPS Pos Kemar telah menggunakan peralatan dan keperluan disumbangkan bagi menjalankan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Melalui kiriman gambar-gambar tersebut, jelas menunjukkan kegembiraan di wajah anak-anak murid yang kini boleh mengikuti sesi persekolahan dengan lebih selesa.

Pelajar-pelajar di SK RPS Pos Kemar begitu seronok kembali menjalani sesi persekolahan
Seorang guru mengadakan pertemuan dengan anak muridnya bagi menyerahkan modul pembelajaran hasil sumbangan kertas dan pencetak oleh MALROSE

Menurut Pengarah Program, Dr. Helmee Effendee yang dihubungi Ragbi.MY berkata, sumbangan berupa mesin pencetak, toner, kertas A4 serta alat tulis telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah bagi memastikan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih baik.

Artikel berkaitan: MALROSE BANTU PELAJAR, ASNAF DAN SEKOLAH DI HULU PERAK (BERNAMA)

Artikel berkaitan: GABUNGAN ALUMNI & KOMUNITI RAGBI PERSIAP BANTUAN PERSEKOLAHAN

“Terima kasih kepada para dermawan, petugas sukarelawan & semua yang menyokong usaha murni ini.Tanpa sokongan semua, mustahil misi ini akan terlaksana”

Dr. Helmee Effendee – Pengarah Program

Manakala bagi Dr. Tengku Rinalfi Putra, yang mencetuskan idea penghantaran bantuan itu berkata, “Hampir menitis air mata melihat kegembiraan guru-guru yang selama ini berhempas pulas berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anak didik tercinta, meskipun dalam serba kekurangan,”

“Namun apa yang pasti, segala usaha dan sumbangan daripada semua pihak telah kami laksanakan kepada penerima yang berhak. Terasa sangat puas apabila melihat anak-anak murid kembali memulakan alam persekolahan yang telah lama terjejas akibat pandemik”

Dr. Tengku Rinalfi Putra

Melalui inisiatif itu, MALROSE telah mengumpulkan sejumlah sumbangan daripada pelbagai pihak untuk disalurkan kepada pihak sekolah untuk digunakan sepenuhnya bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Guru Besar SK RPS Pos Kemar, Sazana Aman (kiri) melawat keluarga orang asli bagi menyampaikan bantuan peralatan persekolahan yang diterima daripada MALROSE
Hasil sumbangan mesin pencetak, kertas dan alat tulis, pelajar-pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih seronok dan selesa
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pendidik di Pos Kemar wajar dijadikan contoh oleh semua pihak
Hasil penyaluran bantuan persekolahan oleh MALROSE memberi sinar baharu kepada masyarakat di luar bandar untuk sama-sama menikmati pendidikan berkualiti
Antara mesin pencetak yang disumbangkan digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah untuk menyediakan modul Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

MALROSE merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Misi Bantuan Persekolahan di SK RPS Pos Kemar.

Posting di laman Facebook page MALROSE mengenai kejayaan Misi Bantuan Persekolahan di Sk RPS Pos Kemar

Kini guru-guru dan anak murid semakin bersemangat menghadapi sesi persekolahan yang baharu dan sama-sama kita doakan agar usaha ini mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

Ragbi.MY – Majalah ragbi pertama negara kini tampil dengan kandungan lebih padat, menyeluruh dan berinformasi. Dapatkan edisi Ragbi.MY di sini

Edisi Mac menampilkan Fendi X-Factor sebagai penghias muka depan.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Jualan amal untuk kumpul dana bagi misi bantuan persekolahan anak-anak di luar bandar

NEWS

Laksana misi bantuan persekolahan di samping beri dorongan anak-anak di luar bandar untuk ubah nasib keluarga

NEWS

PENUBUHAN MALROSE BERI PELUANG KOMUNITI RAGBI TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

Advertisement
0