Connect with us

Hi, what are you looking for?

Ragbi.my
Pembentangan atas talian dilaksanakan menggunakan platform Icademy

NEWS

KAD KEAHLIAN PERSATUAN RAGBI DAERAH KEMAMAN BAKAL DILANCAR

Kewujudan kad keahlian dengan ciri-ciri istimewa bakal beri manfaat kepada peniaga dan pengusaha tempatan

Persatuan Ragbi Daerah Kemaman (PRDK) bakal melancarkan kad keahlian yang direka khas buat komuniti ragbi di Malaysia.

Kad keahlian tersebut mempunyai kelebihan tersendiri dengan penawaran pelbagai faedah antaranya diskaun istimewa daripada peniaga yang mengambil bahagian.

Menurut Setiausaha PRDK, Khairul Syazwan Azahar berkata, kewujudan kad keahlian itu sebagai salah satu langkah dalam membantu usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk & perkhidmatan masing-masing dengan lebih meluas.

“Pemegang kad akan menikmati pelbagai diskaun serta tawaran istimewa ditawarkan oleh peniaga atau pengusaha yang mendaftar dalam program ini,” kata Khairul.

“Kegunaan kad ini tidak hanya tertumpu kepada daerah Kemaman sahaja malah boleh digunakan di seluruh negara,”

Khairul Syazwan Azahar – Setiausaha PRDK

“Sebagai contoh, jika pemegang kad berkunjung ke Kuala Lumpur, beliau boleh menikmati harga istimewa di hotel-hotel yang mengambil bahagian dalam program ini,” tambah Khairul.

Taklimat dihadiri Timbalan Presiden dan AJK PRDK, serta wakil Carisbrook Malaysia

Secara tidak langsung, kewujudan kad tersebut membantu industri setempat untuk bangkit setelah terjejas teruk akibat pandemik sebelum ini.

Justeru, PRDK mempelawa usahawan & pemilik perniagaan seluruh negara untuk mendaftar sebagai rakan strategik seterusnya menawarkan manfaat istimewa kepada komuniti ragbi di Malaysia.

SASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN:

? JENAMA RAGBI TEMPATAN

? KEDAI BARANGAN SUKAN

? PENGUSAHA HOTEL & HOMESTAY

? PUSAT FISIOTERAPI & REHABILITASI

? PENGUSAHA KEDAI MAKAN/RESTORAN

? PENGUSAHA GIMNASIUM/ PUSAT RIADAH

? PUSAT RAWATAN/SPA

? PENGUSAHA BISNES BERKAITAN IT/TELEKOMUNIKASI

? PRODUK KESIHATAN

? FARMASI

? PENGANGKUTAN

? AGENSI PELANCONGAN

? SERTA LAIN-LAIN INDUSTRI/PERNIAGAAN BERKAITAN

Kad keahlian PRDK direka khusus untuk digunakan secara meluas dan memberikan faedah kepada usahawan serta pelanggan selaras dengan konsep “win-win situation”.

PRDK mensasarkan 500 keahlian untuk fasa pertama kad keahlian yang akan dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.

“Kepada pengusaha/pemilik perniagaan seluruh negara, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendaftar SECARA PERCUMA sebagai merchant bersama PRDK,”kata Khairul lagi.

Maklumat lanjut, hubungi Setiausaha PRDK, Khairul Syazwan Azahar di talian 019-449 1651 atau Shafiq 019-937 1698.

DAPATKAN EDISI 17 MAJALAH RAGBI.MY DI PASARAN SEKARANG

Dapatkan majalah Ragbi.MY edisi 17 di pasaran sekarang!https://ragbi.my/ragbi-my-shop/

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0