Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bunga Raya
Penjenamaan semula nama pasukan ragbi tanah air kini dikenali dengan nama BUNGA RAYA (Gambar fail)

NEWS

Presiden KRM Tinjau Persiapan Skuad Nagoya 2026

21 Disember: Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya hari ini meninjau persiapan skuad 7’s negara yang dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Asia 2026 Nagoya.

Kehadiran Datuk Shahrul diiringi barisan pengurusan skuad kebangsaan, Datuk Azaddin Abdul Aziz selaku Pengurus pasukan, Pengarah Kejurulatihan KRM, Lee Nyuk Fah serta Ketua Jurulatih Rimau 7’s Mohd Saiful Hafifi.

Datuk Shahrul tidak melepaskan peluang untuk beraksi bersama pemain-pemain negara yang sedang menjalani rutin latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

Datuk Shahrul meluangkan masa bermain ragbi sentuh bersama skuad Rimau 7’s yang sedang menjalani latihan

Pada pertemuan tersebut, Datuk Shahrul melihat sendiri persiapan skuad Rimau 7’s serta menyampaikan amanat dan kata-kata perangsang buat pelatih yang akan mengharungi tahun baharu 2021.

Datuk Shahrul bersama pengurusan pasukan berinteraksi bersama pelatih skuad Rimau 7’s selepas tamat latihan

Dalam pada itu, beliau turut mendapatkan perkembangan terkini pasukan melalui Ketua Jurulatih dan Pengurus pasukan Rimau 7’s yang bakal menghadapi cabaran di kejohanan-kejohanan pada tahun 2021 nanti.

Sementara itu Asia Rugby 7’s Series akan berlangsung di Incheon (28 & 29 Ogos), Huizhou pada 11 dan 12 September dan siri 3 akan berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 25 dan 26 September nanti.

KRM baru-baru ini juga telah mengumumkan kalendar pertandingan bagi tahun 2021 melibatkan kejohanan-kejohanan peringkat Asia dan tempatan.

Kalendar pertandingan tahun 2021 oleh KRM. Baca selanjutnya di sini >>

Kalendar pertandingan tahun 2021 oleh Asia Rugby. Baca selanjutnya di sini >>

Laungan semangat Rimau 7’s di akhir sesi latihan dan taklimat sempena lawatan Presiden KRM ke venue latihan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.

Bagi peminat ragbi tanahair, jom ikuti temubual eksklusif bersama Datuk Azaddin dan Dayang Anak Maggie selaku pengurus pasukan 7’s kebangsaan yang disiarkan di dalam majalah Ragbi.MY edisi Oktober 2020.

Dapatkan edisi Oktober 2020 di sini >>

front cover issue october 2020
Majalah edisi Oktober 2021 menampilkan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Azaddin dan Dayang yang menceritakan persiapan mereka menghadapi Sukan Asia 2026

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Situasi pandemik yang tidak menentu serta penguatkuasaan SOP ketat jadi penyebab utama

NEWS

Memorandum Perjanjian antara UPSI dan KRM bakal rancakkan ekosistem ragbi di Malaysia

FEATURES

Bekas kapten pasukan kebangsaan kongsi kisah kegemilangan Malaysia tahun 80-an

FEATURES

Bukit Beruang Rugby Club bermula dari bawah dan terus mencipta pelbagai kejayaan

Advertisement
0