Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Presiden MRU Terima Anugerah Tokoh Sukan Alumni UiTM

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya dipilih selaku penerima Anugerah Tokoh Sukan Alumni UiTM pada satu majlis yang berlangsung di UiTM Shah Alam, Jumaat lepas.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim menyampaikan anugerah tersebut di hadapan pegawai-pegawai kanan universiti serta tetamu-tetamu kehormat dalam Majlis Anugerah Sukan UiTM 2019 yang turut disiarkan secara langsung di saluran Youtube UiTM Channel.

Pemilihan Shahrul Zaman selaku Tokoh Sukan Alumni UiTM adalah berdasarkan pencapaian beliau dalam sukan ragbi sewaktu menuntut di UiTM (dahulunya Institut Teknologi MARA) pada tahun 1985 hingga 1987 serta ketokohan beliau memegang jawatan-jawatan penting khususnya dalam bidang sukan di peringkat negeri serta kebangsaan.

Majlis penyampaian Anugerah Sukan UiTM 2019 bagi kategori Anugerah Tokoh Sukan Alumni UiTM (Sumber gambar & video: UiTM)

Antara kejayaan beliau sepanjang menuntut di UiTM ialah meraih juara di kejohanan Inter-Campus ITM 1986 bersama dengan Kolej Pengajian Persediaan (KPP) serta membantu pasukan INTEKMA Lions bergelar johan pada kejohanan Inter-Varsity pada tahun yang sama.

Dipetik daripada laman page Facebook MRU

Selain Shahrul, dua pemain skuad Bunga Raya turut tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati UiTM iaitu Anwarul Hafiz Ahmad dan Rozliana Mohd Ridwan.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila Nur Ain Nabilah Tarmizi (boling padang) dipilih selaku Olahragawati dan Syed Akmal Fikri Syed Ali (petanque) dinobatkan sebagai Olahragawan UiTM 2019.

Daripada seluruh warga Ragbi.My dan komuniti ragbi tanahair mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Shahrul serta Anwarul Hafiz dan Rozliana di atas pencapaian yang membanggakan demi memartabatkan sukan ragbi ke peringkat lebih tinggi.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Situasi pandemik yang tidak menentu serta penguatkuasaan SOP ketat jadi penyebab utama

NEWS

Memorandum Perjanjian antara UPSI dan KRM bakal rancakkan ekosistem ragbi di Malaysia

FEATURES

Bekas kapten pasukan kebangsaan kongsi kisah kegemilangan Malaysia tahun 80-an

FEATURES

Bukit Beruang Rugby Club bermula dari bawah dan terus mencipta pelbagai kejayaan

Advertisement
0