Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

Ragbi Masum 15’s Janjikan Saingan Sengit

Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 yang akan bermula pada 31 Januari hingga 6 Februari di Universiti Teknologi MARA Kampus Arau Perlis bakal menyaksikan persaingan sengit antara universiti bertanding khususnya dalam acara ragbi.

Logo rasmi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

Setiausaha Agung MASUM, Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi, berkata kejohanan tahunan tersebut menghimpunkan universiti-universiti awam Malaysia di bawah satu bumbung untuk bertanding dalam 11 acara termasuk ragbi 15 sebelah (15’s).

“Kejohanan MASUM Fasa 1 melibatkan acara seperti karate, sofbol, badminton, catur, ping pong, takraw, tennis, silat, woodball, bola keranjang (3 on 3) serta ragbi.

“Acara ragbi 15’s akan bermula pada 1 Februari hingga 6 Februari dengan penyertaan 11 universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan johan tahun lepas Universiti Putra Malaysia (UPM),” jelas Fairuz.

Menurutnya lagi, 11 universiti berkenaan dibahagikan kepada tiga kumpulan menyaksikan UPM, USM dan UPSI berada di dalam kumpulan A, manakala UiTM, UKM, UIAM, UTM di dalam kumpulan B dan UM, UPNM, UMP, UniMAP berada di kumpulan C.

Setiausaha Agung MASUM, Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi

Tumpuan peminat ragbi pastinya tertumpu kepada dua musuh ketat yang selalu bertemu di peringkat final iaitu Serdang Angels (UPM) dan UiTM Lions.

Tahun 2019 menyaksikan Angels menewaskan Lions 36-16 untuk bergelar juara MASUM 15’s di Pangkalan Udara TUDM Kuantan.

Justeru, Fairuz mengalu-alukan kehadiran peminat-peminat ragbi untuk menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Padang Ragbi UiTM Perlis dan Kolej Vokasional Arau bermula 1 Februari nanti.

“Semoga dengan penganjuran kejohanan seperti ini akan memartabatkan sukan ragbi seterusnya melahirkan barisan pemain negara yang bukan sahaja hebat di padang malah mempunyai pencapaian akademik cemerlang dan terbilang,” kata Fairuz di akhir perbualan.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Situasi pandemik yang tidak menentu serta penguatkuasaan SOP ketat jadi penyebab utama

NEWS

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya. Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM,...

NEWS

Memorandum Perjanjian antara UPSI dan KRM bakal rancakkan ekosistem ragbi di Malaysia

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

Advertisement
0