Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Ragbi MY Kongsi Idea & Kepakaran Bangunkan Komuniti Penggiat Sukan Ragbi

Majalah ragbi pertama di Malaysia kini tampil sekali lagi sebagai penggerak kepada pembangunan di peringkat akar umbi melalui pelbagai jalinan kerjasama antara pihak swasta dan agensi kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ragbi.My, Mohd Mazuri Sallehudin berkata, sebagai platform media sukan tempatan, pihaknya bukan sahaja mahu memartabatkan sukan itu malah ingin bersama-sama membangunkan komuniti ragbi tanpa mengira umur.

Perkara tersebut dijelaskan dalam satu kunjungan hormat ke pejabat EXCO Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani, di Wisma Negeri, Seremban semalam.

Pada pertemuan tersebut, Mazuri memperkenalkan majalah Ragbi.My kepada YB Taufek yang kini memasuki edisi kelima penerbitannya secara cetakan dan digital.

Kunjung hormat tersebut turut menyentuh perkembangan sukan tempatan di samping berkongsi idea untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan ragbi khususnya peringkat sekolah di Negeri Sembilan.

YB Taufek dalam reaksinya menyambut baik inisiatif Ragbi.My yang membawakan perkembangan ragbi tanahair dengan liputan menyeluruh melalui media cetak serta media sosial.

Beliau juga mngalu-alukan sebarang cadangan serta kolaborasi untuk sama-sama membangunkan sukan ragbi di Negeri Sembilan.

Mazuri ketika ditemui selepas kunjungan hormat itu melahirkan rasa terima kasih kepada YB Taufek yang sudi meluangkan masa untuk mendengar penerangan beliau terhadap usaha yang akan dilaksanakan oleh Ragbi.My untuk mengangkat martabat sukan ragbi negara ke peringkat lebih tinggi.

Dapatkan edisi terbaru majalah Ragbi.My di pautan di bawah

https://ragbi.my/ragbi-my-shop/

Edisi terbaru Ragbi.My kini boleh ditempah secara online

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

NEWS

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

NEWS

SOP terkini aktiviti sukan dan rekreasi diumumkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan...

Advertisement
0