Penganjuran Ragbi.MY RWC Virtual Challenge bertepatan dengan situasi semasa yang masih lagi belum membolehkan sebarang acara ragbi dianjurkan.
Meskipun ragbi masih belum mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk dimainkan, itu tidak boleh dijadikan alasan peminat serta penggiat sukan ini untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti ketika ini.
Berikutan kejayaan penganjuran larian maya (virtual run) pada tahun lepas, Ragbi.MY meneruskan inisiatif mempromosikan gaya hidup sihat khususnya kepada komuniti ragbi melalui penganjuran Ragbi.MY RWC Virtual Challenge 2021.
Untuk edisi kali ini, tema RWC digunakan iaitu merujuk kepada aktiviti larian (RUN), berjalan (WALK) serta berbasikal (CYCLE).
Melalui acara RWC, peserta boleh memilih untuk melakukan aktiviti seperti berikut:
- RUN – Berlari sejauh 10KM (jarak larian kumulatif) atau
- WALK – Berjalan sejauh 5KM (jarak berjalan kumulatif) atau
- CYCLE – Berbasikal sejauh 30KM (jarak kayuhan kumulatif)

Ragbi.MY RWC telah dilancarkan pada 28 Ogos lepas dengan mensasarkan penyertaan rakyat Malaysia dari seluruh negara.
Pendaftaran kini boleh dibuat di laman portal Ragbi.MY melalui pautan ini:
KLIK DI SINI: PENDAFTARAN RAGBI.MY RWC VIRTUAL CHALLENGE
Peserta yang berjaya menamatkan cabaran akan menerima sehelai t-shirt edisi terhad jenama Carisbrook, sekeping medal serta e-sijil penyertaan di samping senaskhah majalah Ragbi.MY
TARIKH-TARIKH PENTING
PENDAFTARAN: 28 AUG 2021 – 30 SEPT 2021
TEMPOH AKTIVITI: 28 AUG – 30 OCT 2021
PENGHANTARAN BUKTI AKTIVITI: 30 AUG – 1 NOV 2021
PENGHANTARAN KIT ACARA: 15 NOV KE ATAS

You must be logged in to post a comment Login