Connect with us

Hi, what are you looking for?

Rozliana
Rozliana cipta sejarah dalam kalangan pemain ragbi wanita negara

NEWS

ROZLIANA CATAT SEJARAH RAGBI WANITA NEGARA

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

KUALA LUMPUR: Ini adalah satu detik membanggakan buat Rozliana Mohd Ridwan apabila terpilih sebagai seorang daripada 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Asia Rugby Unstoppable Ambassador.

Bekas kapten skuad ragbi tujuh sepasukan wanita di Sukan SEA 2019 itu dipilih dalam kalangan senarai awal 84 calon daripada 32 negara sempena kempen bulan sukan wanita dikenali sebagai Asia Rugby Unstoppable Campaign.

Kempen berkenaan mengiktiraf kepentingan wanita dalam sukan ragbi dan bagaimana mereka telah menyumbang kepada perkembangan sukan berkenaan di rantau ini.

“Sudah semestinya saya berbangga dan gembira… Semua pengorbanan dan kerja keras saya selama lebih empat tahun dalam sukan ini sangat berbaloi.

“Dengan pengiktirafan ini, saya harap lebih ramai wanita Malaysia mendapat inspirasi untuk menjadi lebih berani.

Rozliana Mohd Ridwan

“Memang tidak dinafikan ragbi adalah sukan yang agak lasak, tetapi dengan latihan serta teknik yang betul dan menekankan keselamatan, baru kita tahu ragbi juga sama seperti sukan lain,” kata Rozliana yang kini bertugas sebagai penolong jurulatih bawah 23 tahun.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Asia Rugby dan Pembangunan Wanita World Rugby, Ada Milby turut mengucapkan tahniah dan menyatakan kepercayaan serta keyakinannya terhadap Rozliana dalam memberi inspirasi kepada atlet wanita.

“Kami mendapat inspirasi daripada kisah Rozliana dan sememangnya gembira kerana beliau antara yang terpilih untuk mewakili wanita dalam ragbi di Asia.

“Rozliana akan ditemu bual secara mendalam sempena kempen ini, untuk berkongsi ceritanya dengan orang ramai,” katanya kepada Bernama.

Rozliana antara watak utama skuad ragbi tujuh sepasukan wanita negara yang menghadiahkan pingat gangsa di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada 2018, Rozliana adalah kapten pasukan kebangsaan yang muncul juara Asia Rugby Women’s Sevens Trophy (ARWST) di Brunei, sekali gus meletakkan Malaysia di ranking kelapan Asia.

Rozliana sekali lagi membawa pasukan wanita negara naik ke tempat ketujuh dalam siri Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Wanita Asia dan mengekalkan pingat gangsa di Sukan SEA ke-30 di Filipina. — BERNAMA

Dapatkan berita terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan untuk anda oleh Ragbi.MY
Edisi Februari 2021 kini di pasaran

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

NEWS

SOP terkini aktiviti sukan dan rekreasi diumumkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan...

NEWS

PENUBUHAN MALROSE BERI PELUANG KOMUNITI RAGBI TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

Advertisement
0