Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Rugby Australia Kemuka Rancangan ‘Return To Play’ Kepada Kerajaan Persekutuan

Rugby Australia (RA) dilaporkan telah menghantar dokumen setebal 29 muka surat kepada Kerajaan Persekutuan Australia mengandungi perancangan terperinci badan ragbi itu untuk meneruskan kejohanan yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Semalam, The Sydney Morning Herald melaporkan RA telah menyediakan manual ‘Return to Play’ yang menjurus kepada langkah-langkah ketat merangkumi bio-keselamatan bagi meyakinkan kerajaan agar kejohanan domestik dapat diadakan selewat-lewatnya awal Julai nanti.

Laporan itu menyebut bahawa manual ‘Return to Play’ kini sedang dianalisis oleh Australian Health Protection Principal Committee, sebuah badan yang akan memutuskan perkara tersebut kepada Kerajaan Persekutuan Australia.

Dalam pada itu, National Rugby League (NRL) akan bersambung semula pada 28 Mei ini namun ianya dipantau dan dikendalikan dalam situasi sangat ketat bagi memastikan semua pihak dilindungi sepenuhnya daripada penularan COVID-19.

NRL bakal bersambung semula pada 28 Mei ini dengan protokol kesihatan dan keselamatan lebih ketat

NRL dalam satu kenyataan media menyebut, kesemua pemain dan pegawai daripada 16 kelab kini menjalani bengkel khas untuk memahami dan mengikuti protokol bio-keselamatan yang direka bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak terjamin.

Berikutan itu, NRL kini mempunyai tempoh tiga minggu sahaja lagi untuk meneruskan persediaan rapi bagi menyambung semula Telstra Premiership dalam suasana paling selamat dan terkawal.

Antara protokol yang dilaksanakan termasuklah pengambilan suhu badan pemain setiap hari, di mana pemain yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius tidak dibenarkan bermain.

Manual Return to Play oleh Rugby Australia dilihat sebagai langkah proaktif untuk menghidupkan kembali liga domestik
Photo by Quino Al on Unsplash

Dalam perkembangan lain, pasukan Super Rugby seperti NSW Waratahs dilaporkan telah bersedia untuk memulakan sesi latihan berikutan berita pelonggaran sekatan oleh kerajaan Australia.

Mesyuarat kabinet pada hari Selasa bakal memberikan berita baik buat komuniti ragbi Australia di mana perhimpunan seramai 10 orang akan dibolehkan dan kebenaran itu memberi peluang kepada kelab-kelab untuk mengadakan sesi latihan.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Until the movie, “Invictus” came out, Forever Strong may have been the one rugby themed movie that everyone talked about in the rugby community....

FIXTURES

Bola jenama Gilbert sangat sinonim bagi sukan ragbi. Namun tahukah anda sejarah di sebalik jenama paling popular dalam sukan ragbi ini? Dilahirkan pada tahun...

NEWS

Pandemik yang melanda pada ketika ini memberi impak buruk kepada industri sukan global. Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo, pembatalan liga serta kejohanan ragbi seluruh dunia...

NEWS

Industri sukan global terjejas teruk akibat pandemik COVID-19

Advertisement
0