Connect with us

Hi, what are you looking for?

RWC 2023 draw

NEWS

RWC 2023: Perancis Sedia Hadapi All Blacks

Majlis undian Rugby World Cup (RWC) 2023 berlangsung dengan lancar di Paris semalam menyaksikan 12 negara yang layak ke Piala Dunia di Perancis mengisi kumpulan A, B, C dan D.

Tuan rumah, Perancis diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Itali dan All Blacks manakala dua tempat lagi akan diisi oleh pasukan dari Americas 1 dan Africa 1.

Kumpulan B pula menyaksikan juara edisi 2019 Afrika Selatan diundi bersama Ireland dan Scotland dan dua tempat lagi bakal diisi daripada pasukan Asia/Pasifik 1 dan Europe 2.

Rasmi: Senarai negara yang akan bertanding di RWC 2023 manakala 8 pasukan lagi akan mengisi kumpulan-kumpulan selepas siri kelayakan berlangsung

Sementara itu, Kumpulan C diwakili oleh Australia, Wales, Fiji, Europe 1 dan pemenang Final Qualifier yang akan ditentukan nanti.

Dan Kumpulan D pula bakal menyaksikan pertembungan Jepun, England, Argentina, Oceana 1 dan Americas 2.

Ketua Jurulatih Perancis, Fabien Galthie dalam reaksinya menjelaskan bahawa bertemu dengan All Blacks di laman sendiri pastinya sesuatu yang sangat dinantikan oleh peminat ragbi seluruh dunia.

Untuk rekod, Perancis pernah bertemu dengan All Blacks di RWC 2011 peringkat kumpulan, seterusnya beraksi di pentas final.

“Bertemu All Blacks di laman sendiri pada perlawanan pembukaan adalah sesuatu yang sangat hebat,” kata Fabien.

“Bermain sebagai tuan rumah adalah cabaran terhebat namun kami jadikannya sebagai motivasi, dan persediaan mental dan fizikal serta persembahan terbaik kami dalam sukan ragbi,” jelasnya lagi.

Ikuti laporan penuh oleh World Rugby mengenai liputan majlis undian RWC 2023 di Paris semalam.

TAHUKAH ANDA? Edisi digital Ragbi.MY kini boleh dilanggan pada harga istimewa RM50 untuk setahun. Klik di sini untuk mendapatkan edisi digital anda!

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0