Connect with us

Hi, what are you looking for?

Aksi skuad Bunga Raya 7's pada perlawanan persahabatan 6 penjuru di Padang Ragbi UiTM Shah Alam baru-baru ini

NEWS

SAINGAN ASIA RUGBY SEVENS SERIES SEMAKIN HAMPIR

SKUAD LELAKI DIUNDI DALAM KUMPULAN A BERSAMA KOREA SELATAN, HONG KONG & FILIPINA

Tarikh 19 dan 20 November sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat ragbi tanah air apabila bermulanya saingan Asia Rugby Sevens Series di Dubai Sports City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Skuad Bunga Raya 7’s lelaki yang kini dalam persiapan akhir menjelang kejohanan tersebut berhadapan tugas berat apabila diundi dalam Pool A bersama Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina.

Manakala Pool B menyaksikan pasukan tuan rumah, UAE diundi bersama Jepun, Sri Lanka dan China.

POOL A (LELAKI)

  • MALAYSIA
  • KOREA SELATAN
  • HONG KONG
  • FILIPINA

POOL B (LELAKI)

  • UAE
  • JEPUN
  • SRI LANKA
  • CHINA

Sementara itu, skuad wanita negara pula diletakkan di Pool B bersama China, Hong Kong dan Sri Lanka.

Pool A wanita bakal memperlihatkan kehebatan Jepun, Thailand, Kazakhstan serta Filipina bersaing bagi merebut tempat dalam kategori tersebut.

POOL A (WANITA)

  • JEPUN
  • THAILAND
  • KAZAKHSTAN
  • FILIPINA

POOL B (WANITA)

  • MALAYSIA
  • CHINA
  • HONG KONG
  • SRI LANKA

Lebih menarik, siri kejohanan ini juga sebagai tiket untuk layak ke pentas Piala Dunia 7’s (Rugby World Cup Sevens) di Cape Town, Afrika Selatan pada September 2022.

LAPORAN UNDIAN ASIA RUGBY SEVENS SERIES>>

Dua pasukan teratas bagi bagi kategori lelaki dan wanita akan layak mendapat tiket mewakili Asia ke Rugby World Cup Sevens yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 September 2022 di Cape Town.

Dua pasukan teratas bagi kategori lelaki dan wanita akan layak ke Rugby World Cup Sevens di Cape Town pada September 2022

Terdahulu, Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) menjadi tuan rumah kepada perlawanan ujian melibatkan enam pasukan terdiri daripada skuad pembangunan Selangor bawah 22 tahun, Terengganu A dan B, SUKMA Pahang, KL Tigers dan Bunga Raya 7’s.

Bunga Raya 7’s membuka saingan dengan membenam Terengganu B (61-0) sebelum mengenepikan cabaran Selangor (B-22) 33-0.

Terengganu A pula menerima nasib yang sama apabila dikecewakan 21-0.

Pada perlawanan terakhir menyaksikan pertembungan KL Tigers menentang skuad negara dengan keputusan berpihak kepada Bunga Raya 7’s (33-0).

Pengendali skuad negara, Saizul Hazizi walau bagaimanapun berharap lebih banyak lagi perlawanan ujian dapat dijalankan sebelum skuad Bunga Raya 7’s berlepas ke Dubai pada pertengahan November ini.

EDISI TERKINI RAGBI.MY KINI DI PASARAN

Miliki naskhah anda sekarang! Edisi #18 padat dengan berita dan perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa,

Ragbi.MY
Edisi #18 menampilkan Wahidah Othaman sebagai penghias kulit depan majalah Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0