Connect with us

Hi, what are you looking for?

Scotland tewaskan England perlawanan pembukaan Six Nations
Foto oleh: Six Nations Rugby

NEWS

Scotland Kecewakan England di Twickenham

Berita kekalahan England di tangan Scotland pada perlawanan pembukaan Six Nations 2021 menjadi tajuk utama liputan media antarabangsa semalam.

England tewas 6-11 di halaman sendiri apabila Scotland bermain penuh keyakinan meskipun perlawanan berlangsung dalam hujan.

Laporan perlawanan oleh BBC.com: England 6-11 Scotland: English hope crushed underfoot by superb Scotland

Kejayaan itu juga menamatkan penantian selama 38 tahun. Kali terakhir Scotland menang di Twickenham ialah pada 1983 dan kini rekod tersebut lebur di tangan Gregor Townsend.

Highlights perlawanan England bertemu Scotland pada perlawanan pembukaan Six Nations

Kemenangan itu juga mencatatkan kejayaan buat Scotland dalam meraih Calcutta Cup; piala yang dipertandingkan sejak 1872 antara kedua-dua negara itu.

Owen Farrel menyempurnakan dua sepakan penalti untuk The Red Rose, manakala Finn Russell meletakkan Scotland di kedudukan selesa dengan dua sepakan penalti manakala Duhan van der Merwe menyumbang satu try.

PERANCIS CATAT KEPUTUSAN SELESA

Lain pula cerita di Stadio Olimpico Rome, Perancis bagaikan mengamuk apabila menewaskan Itali dengan mata 50-10.

Highlights perlawanan di antara Perancis bertemu Itali di Rome

Selaku tuan rumah RWC 2023, skuad kendalian Fabien Galthie menunjukkan aksi memberangsangkan dengan tujuh try berbalas satu try daripada pasukan Itali.

Baca selanjutnya: Italy 10-50 France: France score seven tries in Six Nations opener

Namun kelibat scrumhalf Perancis, Antoine Dupont mencuri tumpuan apabila melakukan gerakan menarik dan mencipta tiga peluang untuk pasukannya meraih try, manakala dirinya merekodkan 1 try.

Try untuk Perancis diperolehi melalui Cretin, Fickou, Vincent, Dulin, Dupont, Thomas (2) manakala Jalibert menyempurnakan satu sepakan penalti dan enam conversions

Manakala Itali memperolehi try melalui Sperandio, manakala Garbisi menyempurnakan satu tendangan penalti dan satu conversion.

Fabien Galthie dalam reaksinya berkata, pasukan Perancis berhadapan tugas berat apabila berhadapan dengan Ireland di Stadium Aviva pada perlawanan seterusnya.

WALES KETEPIKAN IRELAND 21-16

Sementara itu di Principality Stadium, Cardiff menyaksikan Wales menang ke atas Ireland 21-16 dalam satu pertembungan penuh aksi.

Peter O’Mahony menjadi pemain Ireland pertama dilayangkan kad merah pada minit ke-13 apabila melakukan kontak berbahaya ke atas Tomas Francis.

Pengadil perlawanan Wayne Barnes tidak mempunyai pilihan selain mengenakan hukuman berat ke atas pemain tersebut.

Meskipun Ireland mendahului 13-6 pada babak pertama perlawanan, Wales tidak berputus asa untuk mengasak kubu lawan yang kini tinggal 14 pemain.

Wales bangkit pada separuh masa kedua dan seterusnya mencipta kemenangan bermakna sebaik wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.

Laporan penuh perlawanan Wales vs Ireland:

SECOND-HALF COMEBACK SEES WALES EDGE PAST IRELAND IN CARDIFF

Highlights perlawanan di antara Wales bertemu Ireland
Dapatkan berita terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan oleh Ragbi.MY
Majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021
Dapatkan edisi Januari 2021 sekarang

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0