Rancangan temubual secara LIVE yang dibawakan oleh Ragbi.My pada setiap minggu kini melangkah lebih jauh apabila segmen pada 1 Julai nanti menampilkan tetamu istimewa dari Afrika Selatan.
Segmen bual bicara Kopi-O Panas yang kini memasuki edisi kelima mendapat sambutan hangat daripada penggiat dan peminat sukan ragbi tempatan untuk sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman dalam memajukan sukan tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ragbi.My, Mohd Mazuri Sallehudin dalam kenyataannya berkata, siri bual bicara yang diadakan pada setiap minggu mengupas pelbagai isu semasa sukan ragbi dengan penampilan tokoh-tokoh undangan khas.
“Namun kami membawakan sesuatu kelainan kali ini dengan mengundang antara individu berpengaruh di Afrika Selatan yang begitu komited memajukan sukan ragbi di Cape Town,”
Mohd Mazuri
Jelasnya lagi, Russel Carelse, selaku Pengurus Besar JBC Foundation dan Starter Academy dari Afrika Selatan akan muncul bersama Tharmizi Razak, Naib Presiden KL Saracens untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam menguruskan sebuah akademi ragbi.

Dengan topik perbincangan “Facts and Myths of a Rugby Academy” segmen tersebut bakal menarik minat penggiat ragbi tempatan untuk mengetahui sendiri bagaimana sesebuah akademi ragbi diuruskan dan berjaya melahirkan pemain-pemain berwibawa seterusnya menjulang piala dunia ragbi.
Sesi tersebut akan turut membincangkan bagaimana sesebuah akademi ragbi perlu ditadbir urus agar tujuan utamanya untuk membentuk pemain berbakat dapat dicapai.
Tambah menarik, segmen kali ini akan turut dikuasakan oleh Rugger District yang menaja siaran serta menyediakan hadiah buat penonton bertuah yang akan mambawa pulang hadiah istimewa.

Justeru, Mazuri mengajak peminat ragbi tanahair untuk mengikuti segmen bual bicara tersebut pada hari Rabu (1 Julai 2020) bermula jam 9.00 malam di laman page Facebook Ragbi.my.
Catch us live with Kopi-O Panas thisWednesday 1st July at 9.00 pm featuring ?? Tharmizi Razak (VP KL Saracens) and…
Posted by Ragbi.MY on Sunday, June 28, 2020
You must be logged in to post a comment Login