Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Segmen Kopi-O Panas Kupas Isu Ragbi Semasa

Ragbi.my majalah ragbi pertama di Malaysia kali ini tampil dengan segmen perbincangan khas dikenali Kopi-O Panas, sebuah rancangan berbentuk forum dengan tetamu undangan diwawancara secara langsung di atas talian.

Kopi-O panas disiarkan melalui laman Facebook page Ragbi.my bermula awal Jun lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat ragbi tanahair dengan capaian hampir 10 ribu pengguna media sosial pada setiap kali segmen diadakan.

Memulakan segmen Kopi-O Panas, bekas Setiausaha Agung Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) Suhaimi Yonz dijemput selaku tetamu undangan manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ragbi.my, Mohd Mazuri Sallehudin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Kobau’ berperanan sebagai panel tetap dan Bob Faizeli sebagai moderator.

Menurut Mazuri, rancangan Kopi-O Panas diwujudkan sebagai platform bagi peminat dan penggiat ragbi tanahair berbincang mengenai isu-isu semasa khususnya dalam sukan tersebut.

“Dengan adanya rancangan seperti Kopi-O Panas, kita dapat berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana cukup santai namun memberi faedah kepada komuniti ragbi di Malaysia,” jelas Mazuri.

Katanya lagi, topik isu semasa menjadi pilihan untuk dibicarakan di samping mendapatkan pandangan komuniti ragbi secara lebih interaktif.

Kopi-O Panas kini memasuki edisi ke-empat siarannya dengan penampilan tokoh-tokoh ragbi berwibawa bersama-sama membincangkan isu yang dibawakan.

“Melalui respon yang diterima, rata-rata komuniti ragbi menyambut baik usaha ini dan dalam masa yang sama merancakkan senario sukan negara,”

Mohd Mazuri

Edisi kedua menampilkan bekas pemain ragbi negara, Roestam Effendi Sijar serta Mohammad Faeez Mohamad Alias yang membicarakan perkembangan terkini sukan ragbi di institusi pengajian tinggi  (IPT) dalam negara.

Penampilan khas bekas pemain ragbi negara

Manakala edisi ketiga membicarakan hal pembangunan ragbi di peringkat sekolah dengan tetamu jemputan Mohd Zain Hj Ismail selaku Pengerusi Teknik Ragbi MSS Negeri Sembilan dan Dr. Roslan Muhamad, Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Ragbi (Rendah) MSS Selangor.

Pembangunan Ragbi di Peringkat Sekolah

“Pembangunan Ragbi di Peringkat Sekolah”Live streaming ini di bawakan khas oleh Rugger District#ragbidotmy #ragbimy #kopiopanas

Posted by Ragbi.MY on Wednesday, June 17, 2020
Segmen Kopi-O Panas membincangkan isu ragbi peringkat sekolah

Edisi keempat pula bakal bersiaran pada 24 Jun 2020 dengan isu pembangunan ragbi wanita menjadi tumpuan perbincangan.

Tetamu yang akan dibawakan secara langsung ini tidak lain tidak bukan, Nik Safuan iaitu Jurulatih skuad wanita negara dan Euphrasia Anne Cralis, salah seorang pemain ragbi wanita Malaysia.

Poster Kopi-O Panas 24 Jun 2020 dengan tadjik Onak Duri Ragbi Wanita

Dengan tajuk “Onak Duri Ragbi Wanita” tajuk ini dijangka mendapat perhatian umum khususnya penggiat ragbi tanahair.

Kopi-O Panas edisi keempat bakal dikuasakan oleh Strike Rugby Gear selaku penaja segmen manakala Rugger District pula telah muncul sebagai penaja pertama di edisi ketiga.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Dr. Rinalfi & Dr. Juliana terapkan budaya ragbi dalam kehidupan harian, beri sokongan terhadap minat anak-anak

FEATURES

Majalah Ragbi.MY edisi 15 tampilkan pelbagai perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa

FEATURES

Majalah ragbi pertama di Malaysia kini memasuki edisi ke-10 dengan penampilan lebih menarik dan padat dengan pelbagai informasi. Muka depan kali ini membawakan seorang...

FEATURES

Pelbagai berita dan aksi tempatan dan antarabangsa dibawakan secara eksklusif oleh Ragbi.MY - Majalah ragbi pertama di Malaysia

Advertisement
0