Connect with us

Hi, what are you looking for?

2021 rugby will be not be missed

FEATURES

Senarai Kejohanan Tumpuan 2021

Beberapa hari sahaja lagi tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya. Tahun yang penuh dengan onak duri serta pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, merubah segalanya dalam sekelip mata.

Bagi peminat sukan ragbi, tahun 2021 ditunggu kehadirannya dengan harapan setinggi gunung. Sekurang-kurangnya melepaskan kerinduan yang menebal terhadap aksi menarik daripada pasukan mahupun kelab kesayangan.

Ragbi.MY membawakan kepada peminat ragbi tanahair, senarai penuh kejohanan yang akan berlangsung pada tahun 2021 yang dikumpulkan sebagai panduan bersama.

1. JAPAN RUGBY TOP LEAGUE

Memulakan aksi pada 16 Januari 2020, JRTL mendapat perhatian peminat antarabangsa apabila bintang-bintang ragbi ternama berhijrah untuk bermain dalam liga ini yang telah berjaya melahirkan ramai pemain berbakat untuk negara matahari terbit itu.

Pemain negara, Duke Krishnan dikhabarkan tidak sabar beraksi untuk kelabnya, Hino Red Dolphins yang akan menentang NTTDoCoMo Red Hurricanes pada perlawanan pembukaan 16 Januari nanti.

2. SUPER RUGBY

Super Rugby Australia akan memulakan saingan pada 19 Februari 2021 dan berterusan sehingga awal bulan Mei. Lima pasukan iaitu NSW Waratahs, Reds, Rebels, Western Force dan Brumbies akan bersaing dalam liga ini.

Manakala Sky Super Rugby Aotearoa musim 2021 akan bermula pada 26 Februari menyaksikan perlawanan pembukaan di antara Highlanders bertemu penyandang juara Crusaders di Stadium Forsyth Barr, Dunedin.

Sementara itu, kehangatan pasti dirasai apabila Sky Super Rugby Trans-Tasman memulakan saingan pada 14 Mei nanti dengan kelab-kelab Super Rugby dari New Zealand dan Australia bertemu antara satu sama lain dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 19 Jun nanti.

3. SIX NATIONS RUGBY

Kejohanan unggul bagi peminat ragbi Eropah, Guinness Six Nations Rugby kembali memanaskan arena bermula 6 Februari 2021 dengan perlawanan pembukaan Itali bertemu Perancis di Stadio Olimpico, Rome, manakala England menjadi tuan rumah kepada Scotland di Twickenham, London pada tarikh yang sama.

4. ASIA RUGBY CHAMPIONSHIP (15’S TOP DIVISION)

Bagi peminat tegar skuad Bunga Raya, Asia Rugby Championship (15’s Top Division) akan berlangsung pada bulan Mei melibatkan Hong Kong, Malaysia dan Korea Selatan.

Pada 22 Mei 2021, Malaysia akan bertemu Korea Selatan di Incheon, manakala pada 29 Mei, Malaysia akan menerima kunjungan Hong Kong di Johor Bahru dan 12 Jun Malaysia dijadualkan bertemu Korea Selatan di venue yang sama.

Pada 19 Jun pula, skuad Bunga Raya akan bertemu Hong Kong di laman tuan rumah dan diikuti dengan perlawanan Hong Kong menentang Korea Selatan pada minggu berikutnya.

5. NATIONAL SEVENS & PIALA AGONG

Sementara itu, bagi kejohanan dalam negara anjuran KRM, dimulakan dengan National Sevens pada 31 Julai hingga 1 Ogos di Ipoh, manakala saingan Piala Agong bermula 7 Ogos hingga 31 Disember.

Laporan final Piala Agong 2019 >>

6. SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Acara ragbi 7’s dipertandingkan di Olimpik Tokyo menyaksikan 24 pasukan lelaki dan wanita akan bersaing merebut pingat bermula 26 Julai hingga 31 Julai 2021.

Kategori lelaki akan bermula terlebih dahulu (26-28 Julai) diikuti kategori wanita pada 29-31 Julai.

Venue pertandingan di Stadium Tokyo pastinya mengimbau kenangan RWC 2019 dan mampukah Fiji mempertahankan emas pada temasya Olimpik di Rio? Sama-sama kita saksikan nanti.

7. LIONS TOUR 2021

The British & Irish Lions Tour 2021 pastinya menjadi tumpuan peminat pasukan Springboks. Lions Tour 2021 memulakan aksi pada 26 Jun dengan perlawanan-perlawanan menentang kelab dan pasukan pilihan di bandaraya-bandaraya utama Afrika Selatan.

Namun lebih menarik bagi peminat Springboks apabila tiga perlawanan ‘test match’ menentang British & Irish Lions itu dijadualkan pada 24 Julai (Johannesburg), 31 Julai (Cape Town) dan 7 Ogos kembali semula di Johannesburg bagi perlawanan penentuan.

8. RUGBY WORLD CUP 2021

Piala Dunia Ragbi Wanita 2021 (RWC 2021) kembali dengan New Zealand selaku tuan rumah. Kejohanan ini akan berlangsung bermula 18 September sehingga 16 Oktober 2021 di Auckland dan Whangarei menyaksikan 12 pasukan merebut tempat sebagai juara dunia.

Juara edisi terdahulu, New Zealand berada di kumpulan A bersama Australia, Wales dan satu lagi pasukan yang akan ditentukan dalam pusingan kelayakan pada pertengahan tahun nanti.

9. AUTUMN CUP 2021

Saingan Autumn Cup 2021 bermula pada bulan Oktober hingga Disember melibatkan pasukan-pasukan hemisfera utara menerima kunjungan pasukan hemisfera selatan.

England dalam satu kenyataannya mengesahkan pertemuan dengan Australia dan juara piala dunia Afrika Selatan pada penganjuran Autumn Cup 2021 yang akan berlangsung di Stadium Twickenham, November tahun hadapan.

RFU menjelaskan bahawa empat negara akan terlibat dalam perlawanan bertemu England di mana satu lagi pasukan akan ditentukan dalam masa terdekat.

Skuad Eddie Jones akan memulakan saingan pada 6 November 2021 dengan pasukan daripada negara yang akan diumumkan, seterusnya bertemu Wallabies pada 13 November dan perlawanan terakhir menentang Springboks pada 20 November.

10. HSBC WORLD SEVENS SERIES

Kejohanan paling mendapat tempat istimewa dalam kalangan peminat ragbi tanahair dan antarabangsa dengan pelbagai aksi menarik dan mendebarkan.

Untuk tahun 2021, jawatankuasa kerja penganjuran masih lagi mengkaji tarikh sesuai berikutan pandemik COVID-19 yang masih lagi manjadi ancaman.

Untuk pelbagai berita serta perkembangan terkini ragbi tempatan dan antarabangsa, dapatkan majalah Ragbi.MY – kini boleh didapati dalam edisi digital

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Bekas kapten pasukan kebangsaan kongsi kisah kegemilangan Malaysia tahun 80-an

FEATURES

Bukit Beruang Rugby Club bermula dari bawah dan terus mencipta pelbagai kejayaan

NEWS

Asia Rugby, working with its Competitions Committee, Player Welfare and Medical Committee, relevant stakeholders and in line with the Return to Play Guidelines provided...

NEWS

Rugby World Cup (RWC) 2021 aims to break the record for attendance at a women’s Rugby World Cup tournament, which is expected to be...

Advertisement
0