Connect with us

Hi, what are you looking for?

Temubual eksklusif bersama Rashid Salleh pada edisi ketiga majalah Ragbi.MY

FEATURES

Setiap Pemain Perlu ada Komitmen Dalam Kamus Hidup Mereka – Rashid Salleh

Masih jelas di ingatan pasukan editorial Ragbi.MY akan kata-kata Rashid Salleh bahawa setiap pemain ragbi seharusnya menjadikan perkataan ‘KOMITMEN’ sebagai pegangan hidup mereka.

Bersempena dengan sambutan setahun penubuhan majalah Ragbi.MY, kami bawakan imbasan temubual bersama personaliti yang tidak asing lagi dalam arena ragbi tanahair.

Pelakon serba boleh RASHID SALLEH yang membarisi sitcom Kopitiam pada tahun 1998 muncul dalam segmen khas edisi ketiga Ragbi.MY.

Ditampilkan sebagai front cover bersama Mona Tiara Izaniah, Rashid yang sinonim dengan Kelab Ragbi COBRA berkongsi serba sedikit perbezaan dunia ragbi pada zaman dahulu dan sekarang, seterusnya perkembangan terkini beliau dalam dunia sukan tanahair.

Rashid Salleh dengan kit jersi pasukan COBRA

Menurut Rashid, satu ketika dahulu, setiap pemain ragbi memberikan 200 peratus komitmen dalam pasukan atau kelab yang disertai namun keadaan pada masa sekarang jauh berbeza.

“Ini kerana terlalu banyak pengaruh yang mengganggu seseorang pemain itu untuk beri tumpuan. Sebab itu komitmen mereka tidak 100 peratus, malahan pelbagai alasan dibuat,” kata Rashid.

“Tidak seperti pemain pada era sebelum ini, mereka sanggup berhujan panas, malah pengangkutan pun naik pengangkutan awam, sangat berbeza dengan sekarang.

“Memang tidak dinafikan mereka (atlet) ada minat dalam sukan, namun berapa banyak komitmen yang boleh mereka beri. Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan sesiapa kecuali diri sendiri dan sentiasa berusaha maju ke depan,” tambahnya lagi.

KOMITMEN ADALAH SEGALA-GALANYA

Rashid mengharapkan generasi pada masa ini memberikan komitmen terhadap sukan tercinta ini, sekaligus menyuntik semangat untuk memartabatkan ragbi di peringkat lebih tinggi.

“Saya akui zaman kian berubah begitu juga dari segi teknologi. Namun begitu minda atlet sekarang dilihat agak lemah. Jika dulu, kami akan berusaha menjadi atlet yang terbaik dalam pasukan”

Rashid Salleh

Mengimbas kembali zaman kegemilangannya dalam sukan ini, katanya, Rashid masih ingat lagi, jika sesorang pemain terlepas sesi latihan, maka jurulatih tidak akan menyenaraikan nama untuk membarisi pasukan dalam perlawanan akan datang.

“Itu sebabnya setiap pemain ragbi dulu, lebih berdisplin, waktu latihan pun datang awal malah latihan pun kami buat sendiri sebelum latihan sebenar,” ujar Rashid.

Menurutnya lagi, pada zaman 80-an dan 90-an komitmen itu akan memperlihatkan sejauh mana seseorang pemain dalam sukan ragbi.

“Kumpulan utama dan kedua dalam pasukan pun tiada beza. Bayangkan ada seramai 30 hingga 40 orang senarai pemain dan kami bersaing antara satu sama lain untuk menempatkan diri dalam pasukan,” kata Rashid lagi.

“Jadi bagi saya, komitmen itu sesuatu yang amat penting. Walaupun perkataan itu ringkas, namun ia banyak pengertiannya,” kata Rashid, yang masih memegang komitmen itu sehingga ke hari ini.

Hampir kesemua jurulatih di COBRA, mengajar dan melatih untuk menjadikan komitmen sebagai perkara utama bagi seorang pemain ragbi.

PERKEMBANGAN TERKINI

Menyingkap perkembangan terkini Rashid, beliau masih lagi terlibat secara aktif dalam produksi industri kreatif tanahair.

Beliau juga menerajui Malaysia Mixed Martial Arts Association (MASMMAA) selaku Presiden.

Posting ucapan selamat Tahun Baru Cina di laman Facebook MASMMAA

Malah berikutan pandemik yang melanda dunia serta amalan norma baharu dalam kehidupan dan industri sukan, Rashid turut mengadaptasi perubahan tersebut.

Melalui penggunaan media sosial dan aplikasi terkini, Rashid bersama seorang lagi personaliti COBRA, Dillan tampil dalam siri interaktif SIN-BIN CANG, sebuah rancangan bual bicara interaktif di laman Facebook COBRA Rugby Club.

Siri tersebut yang dimulakan sejak tahun lepas telah menarik sejumlah penonton khususnya penggiat ragbi tempatan dan antarabangsa, membincangkan topik semasa dan perkongsian berkaitan komuniti ragbi.

Segmen Sin-Bin Cang menampilkan pelbagai tokoh dan personaliti ragbi dihoskan oleh Rashid dan Dillan

Ikuti pelbagai koleksi video bual bicara Sin-Bin Cang serta pelbagai video menarik oleh COBRA TV di sini >>

Bagi anda yang ingin memiliki edisi ketiga majalah Ragbi.MY menampilkan Rashid Salleh sebagai front page cover, boleh dapatkannya di sini >>

Rashid Salleh Front Cover
Edisi ketiga majalah Ragbi.MY menampilkan Rashid & Tiara

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0