Connect with us

Hi, what are you looking for?

Aksi pemain senior Hanelang Ladies, Qairun Nisaq (jersi hitam) cuba melepasi pertahanan SUKMA Kelantan pada perlawanan kategori Terbuka Wanita (Foto: Urus setia penganjur Kejohanan Ragbi Terengganu Royal 7's)

NEWS

SKUAD WANITA SUKMA TERENGGANU LAUNG AMARAN AWAL

Ketepikan cabaran SUKMA Kelantan dengan mata 17-0 pada hari pertama Kejohanan Ragbi Terengganu Royal 7’s

12 November – Skuad wanita SUKMA Terengganu bermula garang pada hari pembukaan Kejohanan Ragbi Terengganu Royal 7’s di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail siang tadi.

Skuad dikenali Hanelang Ladies 7s beraksi cemerlang apabila menewaskan pasukan SUKMA Kelantan dengan catatan mata 17-0.

Beraksi di laman sendiri, pemain senior Hanelang Ladies, Qairun Nisaq Othman berjaya meloloskan diri dan mendapatkan try pertama di penghujung separuh masa pertama.

Ketua Jurulatih Hanelang Ladies, Asa’ri Abdullah kemudiannya menyusun gerakan taktikal bagi memperkemaskan jentera serangan menyaksikan try berikutnya disumbangkan oleh Nur Mazidah Suria.

Manakala Nur Asmah Mat Jusoh menambah jurang mata apabila dengan mudah menyempurnakan tendangan conversion menjadikan Hanelang Ladies selesa di hadapan dengan 12 mata.

Nur Asmah sekali lagi muncul wira apabila berjaya mencipta try sekaligus menamatkan perlawanan sulung mereka dengan pungutan mata 17-0.

Sementara itu, aksi hari pertama bagi kategori terbuka wanita menyaksikan pasukan Pembangunan SUKMA Selangor mengenepikan cabaran WIPERS Labuan 12-7 dan Putrajaya Dingoes menewaskan SUKMA Kedah 15-7.

UiTM Simba pula menunjukkan permainan menarik dengan membenam Perlis Ladies 24-0 manakala Serdang Angels tewas di tangan Johor Ladies dengan mata 5-12.

Cabaran akan bersambung pada hari kedua menyaksikan 11 pasukan wanita bersaing dalam tiga kumpulan.

Penganjuran Kejohanan Ragbi Terengganu Royal 7’s melibatkan tiga kategori utama iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Lelaki bawah 22 tahun berlangsung dari 12 hingga 14 November 2021.

KEPUTUSAN HARI PERTAMA TERENGGANU ROYAL 7’S

KATEGORI TERBUKA WANITA

  • WIPERS LABUAN (7) vs SUKMA WOMEN DEV 7s (12)
  • PUTRAJAYA DINGOES (15) vs SUKMA KEDAH (7)
  • PERLIS LADIES (0) vs UITM SIMBA (24)
  • JOHOR LADIES (12) vs SERDANG ANGELS (5)
  • SUKMA KELANTAN (0) vs HANELANG LADIES 7s (17)

KUMPULAN TERBUKA WANITA

KUMPULAN J

  • HANELANG LADIES 7s
  • PENANG LADIES
  • SUKMA KELANTAN

KUMPULAN K

  • WIPERS LABUAN
  • UITM SIMBA
  • SELANGOR WOMEN DEV 7s
  • PERLIS LADIES

KUMPULAN L

  • PUTRAJAYA DINGOES
  • SERDANG ANGELS
  • SUKMA KEDAH
  • JOHOR LADIES

DAPATKAN EDISI TERKINI MAJALAH RAGBI.MY SEKARANG

Ragbi.MY
Edisi #18 menampilkan Wahidah Othaman sebagai penghias kulit depan majalah Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0