Connect with us

Hi, what are you looking for?

SMK Tok Dor
Pasukan ragbi SMK Tok Dor cipta pelbagai kejayaan hasil bimbingan jurulatih berkarisma

FEATURES

SMK TOK DOR “FROM ZERO TO HERO”

Meskipun tanpa pengalaman dalam sukan ragbi, Darusalam Ab Rahman berjaya cipta kejayaan demi kejayaan buat SMK Tok Dor

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Dor, Jertih, Terengganu, layak digelar “from zero to hero” berdasarkan pencapaian serta prestasi mereka dalam sukan ragbi.

Terpilih sebagai salah sebuah sekolah di bawah Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) di Terengganu, SMK Tok Dor berjaya meraih populariti selepas satu demi satu kejayaan yang dikecapi.

Semuanya bermula dengan kegigihan guru, Darusalam Ab Rahman, 36, yang tanpa jemu membawa naik nama sekolah ke peringkat negeri dalam sukan lasak ini.

Menceritakan detik permulaan penglibatannya dalam sukan ragbi pada 2016, guru pendidikan khas ini berkata, dirinya tidak mempunyai ilmu mahupun pengalaman dalam sukan ragbi.

Menurutnya, semuanya bermula selepas mendapat permintaan dari anak muridnya yang mahu bermain ragbi di sekolah.

“Sekolah kami tiada sukan ragbi, tetapi ramai pelajar minat sukan ini. Jadi, mereka minta saya mengajar dan mewujudkan pasukan ragbi sekolah. Dari suka-suka, sekarang dah jadi komitmen apabila saya dilantik sebagai jurulatih pasukan ragbi sekolah,” katanya kepada Ragbi.My.

Guru yang berasal dari daerah Setiu ini berkata, dia telah mengikuti kursus NRDP bagi mengasah kemahiran dan kebolehan mengajar.

“Jadi, saya bangunkan pasukan ragbi sekolah. Bermula dari satu kemenangan, ia berterusan sehingga membawa nama baik sekolah,”katanya.

Dua pasukan ragbi SMK Tok Dor dibawah pimpinannya iaitu Troopers (lelaki) dan Ultraviolet (perempuan).

Darusalam (kanan) bersama trofi diraih pasukan bimbingannya dalam satu kejohanan disertai SMK Tok Dor sebelum berlakunya pandemik Covid-19

Antara kejayaan yang diperolehi ialah Johan Plate KGV Touch 2019, Naib Johan  Cup Carnival Ragbi Touch Johor, Johan Cup TKC Touch Negeri Sembilan 2019, Johan Cup U17 SSIJB Touch Johor 2019, Johan Cup Brains Touch Terengganu dan banyak lagi.

Lebih membanggakan, salah seorang pelajarnya terpilih mewakili Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi kategori U18 pada 2018 dan 2019.

“Bukan itu sahaja, lima pelajarnya turut terpilih mewakili negeri Terengganu dalam SUKMA 2020.

“Manakala seorang pelajar lelaki yang telah menamatkan pengajian kini berkhidmat dengan kelab ragbi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya.

Darusalam yang pernah meraih Anugerah Guru Sukan Cemerlang Daerah Besut 2019 dan Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Daerah Besut 2018, berkata, pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya untuk membangunkan program ragbi sekolah.

Antara cabarannya ialah masalah kewangan yang menjadi penghalang utama pasukan sekolah untuk menyertai kejohanan ragbi.

“Kami bermula dari kosong, tiada dana mahupun bantuan. Saya terpaksa sumbangkan wang sendiri untuk menubuhkan pasukan ragbi sekolah. Bayangkan setiap kali kejohanan kami memerlukan lebih kurang RM3,000. Itu belum termasuk kos pengangkutan dan lain-lain. Kami guru-guru terpaksa berkorban gaji dan keringat untuk pasukan ini”

Darusalam Ab Rahman

Menurutnya, kekangan kewangan pada awal penubuhan bukan penghalang pasukannya untuk meraih kejayaan.

“Saya masih ingat lagi kejohanan ragbi di Negeri Sembilan di mana anak murid saya berjaya merangkul johan dan menumbangkan pasukan hebat yang lain.

“Kami sekolah harian berjaya menumpaskan pasukan ragbi sekolah berasrama penuh (SBP). Ia satu kejayaan besar meskipun kami baru menyertai kejohanan ragbi ini,” katanya.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih pasukannya itu telah menaikkan nama SMK Tok Dor sebaris pasukan ragbi SBP.

Ikuti kisah kejayaan SMK Tok Dor yang ditampilkan dalam edisi #10 Ragbi.MY (November 2020)
Edisi 10 Ragbi.MY menampilkan kisah kejayaan SMK Tok Dor dalam arena ragbi kebangsaan

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Selepas 23 tahun Sukan Komanwel Kuala Lumpur 98 dianjurkan, Ragbi.MY mengimbas kenangan skuad 7's negara bersama lejen, Ahmad Farid Abdul Rahman

FEATURES

Majalah Ragbi.MY edisi 15 tampilkan pelbagai perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa

Advertisement
0