Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

SMS Old Boys Otai Bukti Kemampuan Di Smart 40+ Fun 10’s

Pasukan SMS Old Boys Otai membuka tirai tahun baru 2020 dengan cemerlang apabila mengungguli kejohanan ragbi 10 sebelah  SMART 40+ Fun 10’s di Padang Ragbi UPM Serdang, semalam.

SMSOB Otai juara kategori Cup SMART 40+ Fun 10’s di Padang Ragbi UPM
Sumber: Laman Facebook SMSOB Otai Ruggers

Pada kejohanan anjuran Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Old Boys Rugby Club itu, SMS Old Boys Otai diletakkan di dalam kumpulan B bersama-sama dengan MCOBA dan TIOSA.

Menurut Pengurus pasukan SMS Old Boys Otai, Dr. Tengku Rinalfi Putra yang ditemui wartawan Ragbi.MY sejurus tamat perlawanan berkata, pasukannya telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan dan memberikan sepenuh tumpuan sewaktu permainan berlangsung.

“Pada kejohanan ini, kami tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi memandangkan jarang sekali dapat berkumpul untuk mengadakan latihan namun semangat dan kesungguhan pemain mengatasi segalanya,” jelas Dr. Rinalfi.

SMS Old Boys Otai memulakan saingan peringkat kumpulan B dengan menewaskan TIOSA 12-0 dan meneruskan rentak apabila mengenepikan asakan MCOBA untuk memperolehi kemenangan 26-0.

Menduduki tangga teratas kumpulan B, SMS Old Boys mara ke peringkat separuh akhir kategori Cup untuk bertemu dengan pendahulu kumpulan A, SDAR.

Pertembungan sengit antara SMS Old Boys Otai dan SDAR berkesudahan dengan mata 12-7, seterusnya layak ke peringkat akhir Cup sambil menunggu keputusan perlawanan separuh akhir di antara SAJOHA dan OPA.

Pasukan SMS Old Boys Otai yang diketuai Irwan Sartijan bagaimanapun bersedia menghadapi cabaran SAJOHA yang melangkah ke final selepas mengenepikan OPA 19-0 di peringkat separuh akhir Cup.

Pentas final menyaksikan asakan bertali arus kedua-dua pasukan yang ingin merebut gelaran juara Cup namun SMS Old Boys Otai bijak menyerap setiap serangan SAJOHA dan mengatur kombinasi serangan balas melalui larian pantas di bahagian backs.

Sejurus wisel penamat ditiup, SMS Old Boys Otai sah bergelar juara kategori Cup dengan mata 12-7 mengatasi SAJOHA.

“Disiplin serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain wajar diberi pujian, malah ada yang datang dari jauh semata-mata untuk bermain dan menyemarakkan lagi semangat brotherhood SMS Old Boys,” kata Dr. Rinalfi.

Sementara itu, wakil penganjur kejohanan, Mohd Zahiruddin Mohd Basri yang turut ditemui menjelaskan, semua pasukan bertanding telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bermain dengan penuh disiplin menjadikan kejohanan tersebut bebas daripada insiden tidak diingini.

“SMART Rugby Club merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pasukan veteran yang menjayakan acara ini dan pihak kami sedang merangka jadual untuk kejohanan edisi kedua yang akan dimumkan tidak lama lagi,” jelasnya.

Keputusan lain menyaksikan OPA meraih juara kategori Plate, EXSAS selaku johan Bowl dan MCOBA meraih Shield.

Manakala VI Legends berpuashati merangkul johan kategori Spoon dan ASTA memenangi kategori Fork.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya. Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM,...

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

NEWS

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

Advertisement
0