Connect with us

Hi, what are you looking for?

Tengku Hassanal tamat latihan asas sniper
Tengku Hassanal sewaktu menyaksikan perlawanan di SCRM Friendly Series pada 28 November 2020 (Gambar fail Ragbi.MY)

NEWS

TENGKU HASSANAL TAMAT KURSUS ASAS SNIPER

Kejayaan Pemangku Raja Pahang yang juga Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Negeri Pahang jadi kebanggaan komuniti ragbi

9 April – Harian Metro baru-baru ini melaporkan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah berjaya menamatkan Kursus Asas Sniper selepas menjalani latihan selama empat minggu di Melaka.

Berita kejayaan tersebut pastinya membanggakan komuniti ragbi tanahair kerana Baginda merupakan Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Pahang dan bergiat aktif dalam sukan tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menzahirkan ucapan tahniah di atas kejayaan Tuanku.

Tengku Hassanal melakukan tembakan tepat sempena Majlis Pemakaian Lencana Sniper dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Sniper di Melaka baru-baru ini (Gambar: Laman Facebook @wanrosdyOfficial)

“Patik sungguh kagum dan teruja melihat ketangkasan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menembak tepat ke sasaran, untuk ketiga-tiga kategori yang ditetapkan.

“Ketepatan penembakan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus mengingatkan patik kepada filem-filem barat, yang mengisahkan tentang kehebatan penembak tepat yakni sniper atau turut dikenali sebagai ‘marksman’.

“Ketangkasan seorang sniper atau ‘marksman’ yang patik fahami, bukanlah calang-calang. Pelbagai faktor diambil kira, termasuklah dalam penentuan jarak serta aliran dan kelajuan angin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengurniaan Komputer Riba Kepada Sekolah-Sekolah Terkesan Banjir di Genting Highland baru-baru ini.

Majlis pemakaian lencana sniper dan penyampaian Sijil Kursus Asas Sniper kepada Tengku Hassanal telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di lapang sasar 600 Meter, Kem Terendak.

Baginda menghadiri Kursus Asas Sniper selama empat minggu bermula 15 Mac hingga 7 April lalu bertempat di Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK), Kem Sungai Udang Melaka.

Ragbi.MY serta seluruh penggiat ragbi tanahair mendoakan kejayaan buat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Pahang.

Sesungguhnya kejayaan Tuanku menjadi inspirasi kepada kami untuk mencapai kejayaan dalam bidang diceburi.

DAULAT TUANKU!

Ikuti perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan oleh Ragbi.MY – majalah ragbi pertama di Malaysia
Edisi 15 akan berada di pasaran pada 20 April ini

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0