Connect with us

Hi, what are you looking for?

Solidariti Kopi-O Panas

FEATURES

Solidariti Komuniti Ragbi Tanahair Membanggakan

Sembang Kopi-O Panas Ragbi.MY platform perkongsian & perbincangan komuniti ragbi Malaysia

Istilah solidariti atau lebih tepat ‘kebersamaan’ dan ‘persaudaraan’ yang ditunjukkan oleh komuniti ragbi di Malaysia berada pada tahap sangat membanggakan.

Perkara tersebut diakui oleh panel jemputan Ragbi.MY yang menjayakan segmen bual bicara Kopi-O Panas semalam.

Mohd Azizan daripada Old Putera Association (OPA), Haslinda Salleh daripada Johor Ladies Rugby dan Dr. Helmee Effendee daripada SMS Old Boys berkongsi pengalaman serta makna solidariti kepada penonton rancangan tersebut bersama panel tetap Mohd Mazuri Sallehudin.

Azizan yang bergiat aktif selaku pengadil, lebih mesra dengan panggilan Tom, memulakan perkongsian melalui misi bantuan banjir kepada mangsa terjejas teruk di Pahang.

Solidariti tanpa sempadan – Komuniti ragbi berganding bahu hulur bantuan kepada mangsa banjir

Menurutnya, solidariti yang ditunjukkan oleh komuniti ragbi sangat mengagumkan kerana semua pihak terdiri daripada pelbagai latarbelakang tampil memberi bantuan.

“Keadaan kawasan terlibat banjir sememangnya menyayat hati, bayangkan rumah yang terendam dalam air selama beberapa hari, dengan perabot yang rosak, kelengkapan rumah yang musnah, segalanya tidak boleh digunakan sama sekali,” jelas Azizan.

Azizan bersama pasukan sukarelawan yang menjalankan misi bantuan banjir di Pahang baru-baru ini.
Katanya lagi, misi bantuan yang dijalankan bukan sekadar menghantar barangan keperluan, ambil gambar dan kemudian pulang, malah lebih dari itu.

“Melalui koordinasi dengan semua pihak terlibat, kami membawa peralatan pembersihan seperti water jet, dapur gas, periuk nasi, tilam, pakaian serta pelbagai keperluan supaya mangsa banjir boleh memulakan kehidupan semula.

Sebahagian kerosakan pada kediaman yang disaksikan petugas misi bantuan banjir di Pahang

“Bayangkan dalam situasi begitu, dengan segalanya musnah sekelip mata, mereka masih tabah melalui hari-hari mendatang, dan adakah kita hanya mampu mendiamkan diri?”

Azizan @ Tom
Selaku pengasas Filantropi Fakir Gelandangan (FFG) Azizan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kebajikan di sekitar ibu negara

Sementara itu Dr. Helmee menceritakan bahawa inisiatif penyaluran bantuan kepada yang memerlukan terjadi tanpa dirancang sewaktu beliau melawat saudaranya yang baru sahaja melaporkan diri di sebuah IPT.

“Disebabkan penangguhan kuliah secara bersemuka oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, pelajar diarahkan pulang tetapi segelintir daripada mereka masih kekal di kolej kediaman.

“Dengan bank makanan yang kosong, pihak pengurusan kolej kediaman merayu mana-mana pihak untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar yang masih berada di kampus, dari situlah saya membuat hebahan kepada rakan-rakan untuk bantu,” kata Dr. Helmee.

Hasil hebahan itu, beliau kemudiannya berjaya mengumpulkan lebih 500 kilogram beras serta pelbagai jenis bahan makanan untuk disalurkan kepada pelajar terbabit.
Penyerahan bahan makanan kepada kolej kediaman hasil sumbangan yang dikendalikan oleh SMS Old Boys, SMSOB Adventure Club serta individu dermawan

Selepas itu Dr. Helmee bersama rakan-rakan SMS Old Boys yang lain menyertai konvoi Azizan serta OPA untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

Pasukan sukarela Al-Kauthar turut terlibat dalam misi bantuan di Pahang

Manakala bagi Haslinda atau lebih dikenali dengan panggilan Becky, peluang menyertai misi bantuan kemanusiaan adalah pengalaman paling sukar dilupakan beliau.

“Kita boleh membantu dalam pelbagai bentuk, sama ada sumbangan wang, barang keperluan, tenaga serta masa untuk sama-sama meringankan beban mereka yang terkesan,

Haslinda @ Becky

Beliau yang pernah melibatkan diri dalam program kesukarelaan bersama Azizan menceritakan betapa sukarnya melaksanakan kerja-kerja pembersihan kediaman dilanda banjir.

Becky antara pemain berbakat dalam skuad wanita negara

“Kalau kita tidak dapat membantu dari sudut kewangan, kita boleh bantu dari sudut lain seperti tenaga. Saya yakin komuniti ragbi semuanya mampu melakukan kerja-kerja berat secara berpasukan kerana kita telah dididik sewaktu dalam latihan,” kata Haslinda.

Becky dengan segala kemahirannya dalam sukan ragbi digunakan dalam misi bantuan banjir

Selain menjadi jurulatih skuad wanita Johor, Becky turut meluangkan masa membantu kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh komuniti ragbi di selatan tanahair.

Sumbangan Misi Bantuan Banjir Johor 2021
Poster Misi Bantuan Banjir Johor 2021 oleh Kluang Rugby Club
Sumbangan Bantuan Pasca-Banjir Pahang oleh FFG

Menurut Azizan, pasukannya akan melaksanakan misi berikutnya iaitu memperbaiki kediaman yang rosak akibat banjir serta penyaluran barangan keperluan terus kepada mangsa terjejas teruk.

Pihaknya kini mendapat sokongan padu daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela, orang perseorangan, persatuan-persatuan alumni serta badan-badan korporat bagi menjayakan misi tersebut.

Poster rayuan bantuan pasca-banjir oleh Filantropi Fakir Gelandangan oleh Azizan @ Tom

Manakala SMS Old Boys, SMSOBAC, Persatuan Alumni SMSS dan Kelab Sukan & Rekreasi Veterinar UPM melancarkan misi bantuan persekolahan pelajar luar bandar di SK RPS Pos Kemar, Gerik yang merupakan kawasan pedalaman kampung orang asli.

Poster misi bantuan persekolahan SK RPS Pos Kemar di Gerik

Justeru, Ragbi.My menyeru komuniti ragbi tanahair untuk sama-sama menyokong usaha murni ini dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Solidariti tanpa sempadan – Alfariz Mohd Mustafa (SMSOB/SMSOBAC) antara yang turut menyahut seruan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

Ikuti pelbagai perkembangan terkini dunia ragbi tanahair dan antarabangsa dibawakan oleh Ragbi.MY.

Majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021
Dapatkan edisi Januari 2021 sekarang

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

19 December: Eagles Rugby Club (ERC), in collaboration with Hospital Duchess of Kent (HDOK) Blood Bank, Sandakan, very successfully carried out the Blood Donation...

NEWS

"Meskipun sukan ragbi terhenti seketika, tidak bermakna kita tidak boleh melakukan apa-apa"

FEATURES

Sembang Kopi-O Panas semakin mendapat sambutan saban minggu siarannya di laman page Facebook Ragbi.My. Minggu ini (15 Julai) program bual bicara itu akan mengupas...

FEATURES

Rancangan temubual secara LIVE yang dibawakan oleh Ragbi.My pada setiap minggu kini melangkah lebih jauh apabila segmen pada 1 Julai nanti menampilkan tetamu istimewa...

Advertisement
0