SOP terkini aktiviti sukan dan rekreasi diumumkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Bermula 5 Mac hingga 18 Mac 202, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Manakala, negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).
Negeri Sarawak pula terus diletakkan di bawah PKPB sehingga 15 Mac 2021 yang diumumkan berasingan.
Menerusi penguatkuasaan arahan kawalan pergerakan baharu mulai 5 Mac, kebenaran dan larangan melibatkan aktiviti sukan dan rekreasi adalah seperti berikut:
SOP AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI BAGI PKPB
- Semua aktiviti sukan dan rekreasi individu dan berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan dan permainan/perlawanan TERTAKLUK kepada SOP Sektor Sukan dan Rekreasi termasuklah arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran Pihak Berkuasa yang berkaitan.
- Penganjuran kejohanan/ pertandingan di peringkat negeri/ komuniti DENGAN kebenaran KBS.
- Penganjuran kejohanan/ pertandingan di peringkat kebangsaan yang melibatkan pergerakan rentas negeri dengan KEBENARAN PDRM seperti Liga MFL, MHL dan STL mestilah mengikut Model Gelembung Sukan dan TANPA kehadiran penonton/ penyokong.
- Penganjuran kejohanan/ pertandingan kebangsaan dan antarabangsa WAJIB mendapat kebenaran KBS.
- Program Latihan Pusat Berfasa bagi pasukan-pasukan yang terlibat dalam MFL, MHL dan STL secara “Home/ Camp Quarantine”.
- Program Latihan Berpusat yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis-Majlis Sukan Negeri dilaksanakan dengan konsep “Camp Quarantine”.
- Aktiviti berkumpulan yang dilakukan secara setempat TANPA SENTUHAN FIZIKAL dengan had kapasiti 50% daripada kapasiti kawasan dengan pematuhan penjarakan fizikal dan DENGAN kawalan penyeliaan.
AKTIVITI DILARANG (PKPB)
- Aktiviti penganjuran kejohanan/ pertandingan TANPA kebenaran Kementerian Belia dan Sukan.
- Aktiviti penganjuran kejohanan/ pertandingan DENGAN kehadiran penonton/ penyokong. Aktiviti berkumpulan yang bersentuhan fizikal dilakukan MELEBIHI had kapasiti 50% kapasiti kawasan TANPA kawalan penyeliaan.
- Aktiviti yang dijalankan di luar kawasan arahan pergerakan yang sedang berkuatkuasa kecuali mendapat kebenaran.
- Aktiviti massa yang melibatkan pergerakan dan perkumpulan ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal dalam satu-satu masa seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
SOP SUKAN DAN REKREASI BAGI PKPP
- Semua aktiviti sukan dan rekreasi individu dan berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan / perlawanan TERTAKLUK kepada SOP Sektor Sukan dan Rekreasi termasuklah arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran Pihak Berkuasa yang berkaitan.
- Penganjuran kejohanan / pertandingan di peringkat negeri / komuniti DENGAN kebenaran KBS dan TANPA penonton / penyokong.
- Penganjuran kejohanan / pertandingan di peringkat kebangsaan yang melibatkan pergerakan rentas negeri dengan KEBENARAN PDRM seperti Liga MFL, MHL dan STL mestilah mengikut Model Gelembung Sukan dan TANPA penonton / penyokong.
- Penganjuran kejohanan / pertandingan kebangsaan dan antarabangsa WAJIB mendapat kebenaran KBS.
- Penganjuran kejohanan / pertandingan tempatan dan antarabangsa dengan kebenaran KBS dan TANPA penonton / penyokong.
- Program Latihan Pusat Berfasa bagi pasukan-pasukan yang terlibat dalam MFL, MHL dan STL secara “Home/ Camp Quarantine”.
- Program Latihan Berpusat yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis-Majlis Sukan Negeri dilaksanakan dengan konsep “Camp Quarantine”.
- Aktiviti berkumpulan yang dilakukan secara setempat TANPA SENTUHAN dengan pematuhan penjarakan fizikal dan DENGAN kawalan penyeliaan.
AKTIVITI DILARANG (PKPP)
- Penyertaan peserta / pegawai dari luar negara ke kejohanan / pertandingan sukan di Malaysia tanpa kebenaran masuk dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
- Penyertaan peserta / pegawai ke kejohanan / pertandingan antarabangsa di luar negara tanpa kebenaran keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
- Aktiviti berkumpulan yang bersentuhan fizikal yang dilakukan TANPA kawalan penyeliaan.
- Aktiviti penganjuran kejohanan / pertandingan TANPA kebenaran Kementerian Belia dan Sukan.
- Penganjuran kejohanan / pertandingan tempatan dan antarabangsa DENGAN kehadiran penonton / penyokong.
- Aktiviti massa yang melibatkan pergerakan dan perkumpulan ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal dalam satu-satu masa seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
Selain itu, Bilik Gerakan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi juga boleh dihubungi melalui e-mel sopsportrec@kbs.gov.my atau panggilan telefon ke 03-8871 3585/ 03-8871 3246 pada Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang (KECUALI CUTI UMUM).
Soalan lazim (FAQ) Mengenai Aktiviti Sukan dan Rekreasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Terkini (5 Mac 2021). #TeamKBS
Posted by KBSMalaysia on Saturday, March 6, 2021
PAUTAN RUJUKAN:
PORTAL MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
You must be logged in to post a comment Login