Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

Stingrays RC Timba Pengalaman Berharga di Bukit Beruang National 7’s

Pasukan ragbi Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai Melaka atau lebih dikenali dengan nama Stingrays RC berada di landasan tepat dalam usaha membentuk bakat baru di peringkat akar umbi.

Penyertaan pasukan tersebut dalam kejohanan-kejohanan ragbi bertaraf kebangsaan membuktikan bahawa pihak pengurusan sekolah bersama barisan kejurulatihan memandang serius pembentukan kemahiran dan kualiti permainan Stingrays RC.

Ragbi.my dalam satu temubual bersama Ketua Jurulatih Stingrays RC, Muhammad Sahizan Samion menjelaskan bahawa pasukan kendalian beliau sentiasa berusaha keras untuk menaikkan imej sekolah sebagai salah sebuah kuasa ragbi di negeri Melaka.

Menurut Sahizan, Stingrays RC baru sahaja selesai menyertai Bukit Beruang National 7’s dengan penyertaan pasukan lelaki dan perempuan dalam kategori Bawah 11 tahun (lelaki) dan Bawah 12 tahun (perempuan).

Jelasnya lagi, matlamat utama pihak pengurusan Stingrays RC adalah untuk memberi pendedahan kepada anak didiknya dalam membiasakan diri di kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan justeru membentuk sebuah pasukan yang mantap dan berkeyakinan tinggi.

Pasukan perempuan B12 Stingrays RC di kejohanan Bukit Beruang National 7’s

“Pendedahan yang diterima oleh pemain-pemain Stingrays sangat berharga kerana mereka dapat beraksi bersama pasukan-pasukan dari seluruh negara,” kata Sahizam.

Pasukan B11 lelaki muncul johan bersama kategori bowl

Pada kejohanan tersebut pasukan perempuan B12 Stingrays RC muncul juara kategori Plate manakala lelaki B11 meraih johan bersama bagi kategori Bowl.

Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai turut meraikan kejayaan pasukan tersebut dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sekolah berkenaan.

Kejayaan Stingrays RC menjadi kebanggaan warga SK Bukit Rambai Melaka

Dalam pada itu Sahizan juga mempelawa mana-mana syarikat korporat serta agensi swasta untuk menyumbang kepada dana pasukan ragbi Stingrays RC yang akan digunakan untuk membiayai keperluan pasukan tersebut.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun PIBG SK Bukit Rambai (BSN: 0414041000043357) atau berhubung terus dengan Sahizan di talian 016-282 4657.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Situasi pandemik yang tidak menentu serta penguatkuasaan SOP ketat jadi penyebab utama

NEWS

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya. Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM,...

NEWS

Memorandum Perjanjian antara UPSI dan KRM bakal rancakkan ekosistem ragbi di Malaysia

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

Advertisement
0