Connect with us

Hi, what are you looking for?

Aktiviti sukan digantung sementara di kawasan PKP
KBS umum penggantungan sementara sektor serta aktiviti sukan & rekreasi di kawasan terlibat PKP (Gambar fail)

NEWS

PKP: AKTIVITI SUKAN & REKREASI DIGANTUNG SEMENTARA

KBS maklumkan penggantungan itu termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menggantung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 Mei 2021.

Agensi berita BERNAMA melaporkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan penggantungan itu termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.

LAPORAN BERNAMA: SPORTS, RECREATIONAL ACTIVITIES IN MCO AREAS TEMPORARILY SUSPENDED

“Pertimbangan dan keputusan itu dibuat berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira cabaran serta perkembangan semasa demi kepentingan kesihatan awam selaras dengan hasrat membendung penularan wabak COVID-19 terutama di dalam komuniti,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, KBS memaklumkan operasi yang dibenarkan adalah membabitkan kemudahan atau premis sukan dan rekreasi yang terhad bagi urusan pengurusan dan penyelenggaraan sahaja; program latihan berpusat secara kuarantin Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri menggunakan konsep Camp Based Training.

Selain itu, turut dibenarkan adalah program latihan berpusat secara kuarantin pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sementara penganjuran kejohanan dan perlawanan persahabatan mengikut model Gelembung Sukan terhad bagi saingan Liga-M tanpa kehadiran penonton.

Pada masa sama, penyertaan atlet dan pegawai tempatan ke kejohanan antarabangsa dengan sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga dibenarkan.

KBS dalam pada itu yakin keputusan ini adalah bersifat sementara dan sentiasa menyokong segala usaha yang dilakukan KKM demi membendung penularan wabak itu seterusnya melandaikan keluk jangkitan.

“Penilaian risiko oleh pihak berkuasa seperti KKM akan dibuat dari semasa ke semasa dan kebenaran bagi sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi untuk dibenarkan beroperasi semula adalah menjadi komitmen utama KBS,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) kekal seperti SOP sedia ada.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai SOP Sektor Sukan dan Rekreasi bagi kawasan PKP yang telah dikemas kini di portal MKN dan KBS yang akan dimuat naik dalam masa terdekat. — BERNAMA

Dapatkan perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan secara eksklusif oleh Ragbi.MY – Majalah ragbi pertama di Malaysia
Edisi #15 Ragbi.MY menampilkan Siddiq & Liyana

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

SOP terkini aktiviti sukan dan rekreasi diumumkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan...

NEWS

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan keyakinan bahawa bakal ada sinar buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa...

NEWS

Kerajaan Negeri Johor melahirkan kesediaan untuk menganjurkan SUKMA pada tahun 2022

FEATURES

Laman page Facebook Royal Malaysia Police Rugby baru-baru ini memaparkan atlet-atlet ragbi The Blues/ RMP Lady Blues/ Polis Bersatu yang terlibat dalam tugas sepanjang...

Advertisement
0