Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

SUKMA 2020 Bakal Ditangguh?

Desas desus mengenai status penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 bakal terjawab apabila satu Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA akan berlangsung esok (25 Mac 2020).

Memetik laporan BERNAMA, mesyuarat tersebut bagi menentukan nasib penganjuran SUKMA 2020 di Johor berikutan pandemik COVID-19.

Penganjuran SUKMA Johor 2020 bakal ditentukan esok

Laporan itu menyebut, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pada mesyuarat yang bakal dipengerusikan oleh beliau itu, penangguhan SUKMA 2020 adalah antara opsyen yang akan dipertimbangkan.

“Antara implikasi dan aspek-apek yang akan diambil kira adalah persiapan atlet, cabaran dan kekangan teknikal penganjuran, pandangan dan kekhuatiran pihak penaja untuk aktiviti promosi, pemasaran, liputan media dan program-program pra-Sukma yang berkaitan.

“Di samping itu, isu paling utama sekali adalah aspek keselamatan dan kesihatan risiko COVID-19 itu sendiri ke atas hampir 30,000 orang (atlet, pegawai, petugas, petugas media dan sukarelawan), ini tidak termasuk jumlah penyokong dan penonton yang akan hadir di pelbagai lokasi kejohanan,” katanya menerusi kenyataan kepada BERNAMA.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh semua 14 exco Belia dan Sukan Negeri, termasuk exco negeri Johor selaku penganjur, wakil Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (MS ATM) dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (MS PDRM).

Sukma Johor dijadualkan berlangsung bermula 11-19 Julai ini, namun penularan wabak COVID-19 mungkin akan menyebabkan temasya itu ditunda ke tarikh lain.

Acara ragbi 7 sebelah yang dipertandingkan pada temasya tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Ragbi Mount Austin, Johor Bahru.

The movement control order, which came into effect on March 18, could be extended beyond its stated expiration date of March 31. Credit to FreeMalaysiaToday

Selanjut itu, kami di Ragbi.MY menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan serta arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa bagi membendung penularan COVID-19.

“Stay Home, Save Lives”

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

PENUBUHAN MALROSE BERI PELUANG KOMUNITI RAGBI TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

NEWS

Asia Rugby, working with its Competitions Committee, Player Welfare and Medical Committee, relevant stakeholders and in line with the Return to Play Guidelines provided...

NEWS

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Malaysia Rugby (MR) plans to name their development programme for match officials as ‘Akademi Cikgu Maniam’ in memory of the services...

FEATURES

Tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran khususnya buat penggiat sukan ragbi bakal berlalu pergi. Sejak penularan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan...

Advertisement
0