Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Super Schools Rugby Anjur Program Pembangunan Pengadil

Bagi memastikan mutu kepengadilan ragbi terus dipertingkatkan, Super Schools Rugby telah menganjurkan satu sesi latihan kecergasan untuk pengadil dikenali ‘Bronco Test’ di Rhino KV Arena semalam.

Dihadiri seramai 21 orang pengadil Super Schools Rugby dari seluruh negara, latihan kecergasan tersebut merupakan ujian kecergasan aerobik yang amat sinonim dengan sukan ragbi untuk mendapatkan anggaran kelajuan larian secara maksimum.

Ujian kecergasan tersebut memerlukan pelatih berlari secara ulang-alik sejauh 20 meter, 40 meter dan 60 meter sebanyak lima kali tanpa henti.

Peserta sedang menjalani ‘Bronco Test’ di Rhino KV Arena (Gambar: Malaysia Super Schools)

Pengarah Kejohanan, Shahrizin Shaharuddin ketika ditemui berkata, Super Schools Rugby sentiasa mementingkan kualiti dalam segala aspek berkaitan kejohanan termasuklah pengadil.

Pengarah Kejohanan Super Schools Rugby, Shahrizin Shaharuddin turut hadir menyaksikan ujian kecergasan yang berlangsung di Rhino KV Arena, Shah Alam, semalam.

“Harapan kami dengan penganjuran sesi latihan sebegini dapat melahirkan pengadil-pengadil yang berkualiti demi pembangunan ragbi dalam negara,” katanya.

Ketua Pengadil Super Schools Rugby, Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah pula berkata, persediaan mental pengadil juga harus diberi perhatian di samping persediaan fizikal.

Nik Mohd Ramadhan ketika ditemubual kru RTM yang turut membuat liputan program tersebut.

“Ujian hari ini adalah satu inisiatif yang baik daripada pengelola kejohanan bagi memastikan tahap persediaan fizikal para pengadil,” jelas Nik.

“Di samping persediaan fizikal, pengadil juga harus meningkatkan pengetahuan berkaitan undang-undang terbaru dalam dunia ragbi,” tambahnya lagi.

Sesi ujian kecergasan tersebut turut dihadiri wakil daripada Malaysia Airports, Rhino (SEA) dan Ragbi.My selaku rakan media Super Schools Rugby.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya. Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM,...

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

NEWS

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

Advertisement
0