AKSI PEMAIN BERUSIA 10 TAHUN BUAT RAMAI TERPEGUN

Seorang pemain ragbi berusia 10 tahun dari Jepun, Daiki Sugie mencetuskan sensasi apabila video beliau sedang beraksi mendapat perhatian peminat ragbi seluruh dunia.

Video yang disiarkan di laman Facebook page Rugby 7s Magazine menjadi viral berikutan bakat kecil itu mempamerkan aksi sidestep dan larian pantas meninggalkan pesaing lain dalam klip video tersebut

Klip video aksi Daiki Sugie yang disiarkan oleh laman page Rugby 7s Magazine

Aksi menarik turut disiarkan di laman Instagram milik bapanya Shigeki Sugie yang mendapat tontonan tinggi bagi peminat-peminat ragbi.

Ramai memberi komen bahawa Daiki memiliki masa depan cerah dalam sukan ragbi khususnya buat negara matahari terbit itu. Malah, kemahiran tinggi turut dimiliki oleh dua orang lagi adik beradik Daiki.

Antara video yang disiarkan di laman Instagram Shigeki Sugie memperlihatkan sesi latihan Daiki

Kami harapkan video-video ini boleh menjadi inspirasi buat pemain-pemain cilik di Malaysia untuk menimba sedikit ilmu serta kemahiran yang ditunjukkan oleh Daiki.

Antara latihan yang dijalankan oleh Daiki untuk memperbaiki kemahiran dirinya
Sumber: Instagram @Shigeki_Sugie

0