PERSEDIAAN HADAPI SUKAN ASIA 2026 BERMULA AHAD INI

Malaysia Rugby (MR) telah menyenaraikan 20 orang pemain yang akan memulakan latihan di Kompleks Sukan Negara bermula Ahad ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kehormat MR, Amrul Hazarin Hamidon seperti yang dilaporkan oleh portal berita New Straits Times hari ini.

Menurut laporan tersebut, Kompleks Sukan Negara yang akan dibuka semula bagi tujuan latihan atlet-atlet negara akan dilaksanakan dengan penguatkuasaan SOP yang ketat, namun itu tidak memberi masalah kepada pelatih untuk mematuhinya, jelas Amrul.

Jelasnya lagi, 20 pemain yang disenaraikan terdiri daripada skuad projek Sukan Asia 2026 di Nagoya yang mensasarkan kutipan pingat pada temasya tersebut.

“Latihan akan berlangsung dalam kumpulan kecil supaya pemantauan dapat dilakukan dengan mudah manakala jurulatih akan mengubahsuai program latihan supaya ianya dapat dilaksanakan tanpa sentuhan (non-contact),” katanya lagi.

“Walaupun tiada kejohanan besar berlangsung pada tahun ini namun latihan harus diteruskan memandangkan perancangan jangka panjang telah digariskan buat skuad ini,” ujar Amrul.

Kesemua atlet, jurulatih, pegawai serta kumpulan sokongan yang terlibat dalam latihan akan melalui ujian pengesanan (swab test) dan dikuarantin selama dua hari sehingga keputusan ujian diterima.

Dapatkan majalah terkini Ragbi.my yang sarat dengan pelbagai kisah wira negara & isu semasa!

Klik untuk mendapatkan edisi terkini majalah Ragbi.My

DEBARAN NATIONAL 7’S 2019 SEMAKIN TERASA

Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan atau lebih dikenali dengan nama National 7’s bakal berlangsung pada 14-15 September ini di Ipoh, Perak.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menyebut bahawa kejohanan tersebut adalah sebagai platform pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili negara di samping mengenalpasti pengadil-pengadil yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

(Sumber: Laman facebook Malaysia Rugby Union)
Read more
0