TRI-NATIONS RUGBY: ALL BLACKS BERMULA GARANG

43-5 adalah jumlah mata yang direkodkan pada pertemuan ketiga Bledisloe Cup menyaksikan New Zealand All Blacks muncul pemenang menewaskan Australia di hadapan penyokong sendiri.

Perlawanan ketiga Bledisloe Cup itu berlangsung serentak sebagai pembukaan kepada Tri-Nations Rugby 2020 menyaksikan New Zealand, Australia dan Argentina akan berhadapan antara satu sama lain.

Ditayangkan di seluruh dunia, perlawanan tersebut menyaksikan penguasaan penuh All Blacks sepanjang 80 minit menghancurkan pertahanan Australia yang sebelum ini dilaporkan bakal memberi tentangan hebat kepada skuad pimpinan Ian Foster itu.

Video highlight pertemuan Bledisloe 3 All Blacks menentang Wallabies

Richie Mo’unga menjadi wira All Blacks apabila mencipta try pada minit ke-21 dan 27 selain menyempurnakan lima conversions dan satu gol penalti.

Manakala Noah Lolesio yang memulakan debut bersama Wallabies mencatat nama dalam perlawanan itu apabila berjaya mendapatkan try pada minit 42 sejurus separuh masa kedua bersambung.

Kemenangan All Blacks menjadikan rekod 18 tahun memiliki Bledisloe Cup manakala Wallabies menanggung aib dengan jumlah kekalahan terbesar dalam pertembungan itu.

Kekalahan terburuk skuad Wallabies juga mengundang pelbagai kecaman media tempatan dan netizen yang mengharapkan kejutan dapat dipersembahkan oleh skuad kendalian Dave Rennie terhadap All Blacks.

0