TERENGGANU SCORED LAST DITCHED TRY TO WIN THEIR FIRST PIALA AGONG CUP

Towards the end of first half, rain builds up steadily during one of the most intense Cup Final Piala Agong 2019 between Sabah and Terengganu last Saturday. As anyone would expect, heavy downpour and a wet pitch invites handling errors in a rugby game. But not this particular game as it was packed with well coordinated plays from both teams with minimum handling errors.

Read more

PDRM SIAP SEDIA HADAPI KEMPEN PIALA AGONG 2019

Di sebalik kemeriahan serta demam Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun, pasukan Polis Diraja Malaysia sedang fokus mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019.

Justeru, pada 28 September lepas, satu perlawanan persahabatan di antara PDRM dan Pahang telah berlangsung di Padang Utara Petaling Jaya untuk menguji tahap kesediaan pemain masing-masing.

Ragbi.my sempat meninjau persediaan PDRM yang akan memulakan kempen Piala Agong 2019 dengan sasaran memperbaiki kedudukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Pada perlawanan persahabatan tersebut, The Blues mengatasi skuad Tok Gajah dengan mata 26-18.

Menurut Pengurus Pasukan PDRM, Superintenden Muhammad Najib Hamzah berkata, siri perlawanan persahabatan dianjurkan bagi menilai tahap kecergasan pemain untuk menghadapi saingan sebenar sepanjang Kejohanan Piala Agong berlangsung.

The Blues kini bersedia sepenuhnya hadapi saingan Piala Agong 2019

“Melalui perlawanan persahabatan begini, segala kelemahan dapat dikenalpasti dan akan diperbaiki di samping meningkatkan keyakinan pemain menjelang perlawanan pertama bertemu Perlis nanti,” jelas beliau.

Terdahulu, skuad Sang Saka Biru tewas di tangan Johor 17-22 pada aksi persahabatan pertama mereka.

Jelasnya lagi, barisan kejurulatihan PDRM yang dikendalikan oleh Mazuri Salehuddin dan Koperal Shahril Azri Abdul Rauf telah berusaha keras mempersiapkan pasukan melalui pelbagai program latihan sebelum ini.

Mengulas aksi perlawanan menentang Pahang, beliau menyifatkan bahawa mutu permainan The Blues kini semakin meningkat dan kesefahaman antara pemain bertambah baik khususnya empat orang pemain import dari Fiji.

Tambah beliau, skuad The Blues turut diperkuatkan dengan kehadiran pemain negara Azman Ramli di posisi Hooker yang pernah beraksi di Kejohanan Ragbi Asia (ARC 2019).

PDRM yang berada di Divisyen 2 diletakkan di Kumpulan B bersama Perlis dan Pulau Pinang.

Manakala Kumpulan A (Divisyen 2) menyaksikan Putrajaya, Melaka, Selangor dan Pahang bersaing antara satu sama lain untuk menentukan tempat ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, pengurus pasukan Najib berharap pasukan PDRM mampu mencipta kejutan dan mengulangi sejarah pada tahun 1991 selaku johan Piala Agong tahun tersebut.

0