GONCANG KONGSI TIPS KEKAL CERGAS

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa ke-3 jelas memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagi atlet sukan, pastinya aktiviti latihan menjadi terbatas namun kreativiti mereka mencari alternatif untuk kekalkan kecergasan seharusnya dipuji.

Ragbi.my berpeluang menemubual pemain ragbi negara, Anwarul Hafiz Ahmad atau nama panggilannya Goncang, untuk meninjau aktiviti harian dan tips untuk mengekalkan stamina sepanjang PKP.

Menurut Goncang, tidak banyak aktiviti dapat dilakukan sepanjang tempoh PKP namun bagi beliau kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kemahiran dirinya.

Read more

MAJALAH RAGBI.MY EDISI DIGITAL DILANCAR

Pandemik yang melanda memberi kesan kepada semua. Tiada lagi main ‘touch’ petang-petang, tiada lagi tournament, tiada lagi ‘teh tarik session’, tiada lagi alasan keluar rumah sebab nak join training atau bincang strategi di kedai mamak dan sebagainya.

Dunia ragbi bertukar 360 darjah. Yang ada hanyalah hashtag stayathome, #dudukdirumah, #kitamestimenang dan bermacam-macam hashtag lagi.

Tetapi kami di Ragbi.my ada berita baik untuk komuniti ragbi Malaysia.

Majalah ragbi pertama negara kini tampil dengan versi digital. Penampilan lebih menarik, mudah diakses dan semestinya berinformasi.

E-magazine Ragbi.my yang baru sahaja dilancarkan semalam mendapat sambutan hangat daripada peminat ragbi negara sebagai sumber bacaan utama sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majalah Ragbi.my kini tampil dengan edisi digital

Kandungannya menyentuh perkembangan ragbi dalam dan luar negara di samping liputan kejohanan-kejohanan ragbi tempatan (sebelum PKP). Malah, ikon serta idola sanjungan ramai turut dibawakan secara eksklusif kepada pembaca.

Ikuti aksi-aksi menarik yang dirakamkan lensa Ragbi.my, mana tahu ada aksi ‘tackle’, ‘sidestep’ dan ‘dummy’ anda yang hebat itu termasuk dalam majalah ini.

Kini anda boleh mengikuti perkembangan sukan tercinta ini dengan melanggan majalah Ragbi.my edisi digital serendah RM50 sahaja untuk 12 edisi.

Ya! RM50 sahaja dan boleh memiliki 12 edisi digital yang boleh diakses sama ada melalui komputer (PC), laptop serta telefon bimbit.

Selain versi digital, pembaca juga boleh mendapatkan edisi bercetak pada harga langganan RM72 untuk 6 keluaran (percuma versi digital dan penghantaran) manakala RM144 untuk 12 keluaran (percuma versi digital dan penghantaran).

Jadi, kepada penggiat serta peminat ragbi tempatan, sama-sama kita memberi sokongan padu untuk memartabatkan sukan tercinta ini. Terus kekal berada di rumah, amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

Kita mampu menghentikan rantaian jangkitan COVID-19 seterusnya mengelakkan penularan wabak ini.

klik di sini untuk melanggan edisi digital majalah Ragbi.my

https://ragbi.my/shop/product/ragbimy-magazine–12-months-subscriptions-digital-only-12.html

#ragbiselamanya

Frivolity of Rugby No More

After more than 70 years in existence, rugby union is snowballing in almost all regions of the world. The inauguration of a professional rugby championship in the USA is a huge milestone for the game. Finally the American cliché of blokes running onto the field wearing multi sized “tampons” under their shirts, with helmets and cagey visors, skinny three-quarter pants crashing into each other with the fluidity of a falling rock is slowly being challenged.

Real men, with the protection of a thin layer of a jersey, with shorts and bare skin, barrel into each other whilst keeping the oval ball fluidly moving from one person to the other brings about a sense disbelieve to the Americans. It also brings about a diabolical sense of oddity especially when the men, who were then so robust in the field, take turn to shake hands and hug each other when the game is over. That is rugby.

Read more

0