RUGBY SEVENS REFEREES PHYSICAL FITNESS AND PERFORMANCE

Are you fit enough to be one of the best match official in rugby? Join us to discover what makes a good referee in rugby sevens by Colonel (CD) Assoc. Prof. Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin, World Rugby Match Official Educator /Universiti Malaysia Sabah Senior Lecturer.

Introduction

As team sports descend deeper into the professional era, players are becoming fitter, faster, more powerful and cynical with regard to the laws of the game.

Thus, the pressure on sports officials to produce flawless performance is increasing and with media pundits attempting to create controversy, the spotlight is often cast upon the match officials.

Read more

RAGBI 101: UNION vs LEAGUE

Dalam tempoh PKP ini, ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, duduk di rumah dan bermacam aktiviti dilakukan di rumah. Mematuhi PKP adalah langkah terbaik dalam membendung wabak COVID-19.

Kepada peminat ragbi, pastinya anda merindui aksi di padang, meskipun hanya bermain ‘touch’ keinginan pasti terasa untuk berlari-lari sambil membawa bola.

Di samping masa terluang sepanjang PKP ini, ada baiknya untuk kita ‘mengulangkaji’ sedikit maklumat asas berkaitan sukan tercinta ini.

Adakah anda tahu perbezaan RUGBY UNION & RUGBY LEAGUE? Video ringkas tetapi padat ini memberikan jawapannya.

Seperti yang anda lihat, terdapat beberapa perbezaan ketara antara Union dan League dari segi bilangan pemain, konsep serta negara yang mengamalkan permainan ini.

Namun di Malaysia, ragbi UNION lebih ketara dan popular dimainkan sama ada peringkat sekolah, kelab mahupun kebangsaan.

Video ini pula memaparkan asas peraturan Rugby Union, kami percaya ramai yang mengetahuinya, tetapi apa kata kita refresh pengetahuan sambil duduk di rumah.

Dapat tengok game ragbi pun dah rasa puas sambil mengimbas semula peraturan permainan ini.

Abang-abang yang dah gian tu, bawa bersabar. Tamat sahaja PKP nanti, kita ke padang sama-sama nanti ok!

Dan video seterusnya ialah varian di dalam ragbi UNION, iaitu SEVENS. Juga popular di Malaysia malah mula dimainkan di peringkat akar umbi sebagai program pembangunan bakat baru.

Jom layan peraturan asas SEVENS.

Demikian antara video berinformasi yang dapat kami bawakan untuk segmen kali ini.

Bagi peminat ragbi, jangan lupa untuk mendapatkan majalah digital Ragbi.my dengan hanya RM50.00 untuk 12 keluaran. Padat dengan pelbagai liputan berita ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan secara eksklusif untuk anda.

Untuk melanggan majalah edisi digital kami, klik pada butang di bawah:

0