16 Mei sememangnya tarikh keramat yang akan sentiasa terpahat sebagai hari istimewa buat insan bergelar guru.
Ragbi.my mengambil kesempatan merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat guru-guru khususnya yang terlibat dalam membangunkan sukan ragbi sama ada di peringkat akar umbi mahupun di kolej, universiti serta institusi-institusi latihan di negara ini.
Melalui pelbagai program yang dianjurkan, pembangunan sukan ragbi di Malaysia didorong oleh sumbangan guru-guru dalam membentuk personaliti serta ‘minda ragbi’ anak didiknya sekaligus melahirkan bakat-bakat baru sebagai pelapis negara.
Badan induk ragbi negara, Malaysia Rugby Union melalui laman Facebooknya merakamkan ucapan terima kasih kepada warga pendidik yang telah banyak berkorban demi memajukan sukan tercinta ini.
Malaysia Rugby Union would like to wish a wonderful Happy Teachers' Day to all the teachers out there. Thank you for the…
Posted by Malaysia Rugby Union on Friday, May 15, 2020
Manakala kelab ragbi Alor Star Blues turut sama merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak menabur jasa dalam mendidik generasi baru mengenali sukan ragbi.
Selamat Hari Guru buat warga pendidik di seluruh Malaysia. Tak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan ragbi….
Posted by Alor Star Blues Rugby Club Of Malaysia on Friday, May 15, 2020
Tidak ketinggalan Johor Rugby Union yang mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang terlibat khususnya dalam membangunkan ragbi di negeri itu.
Kesatuan Ragbi Negeri Johor mengucapkan “ Selamat Hari Guru 2020 “ kepada semua guru-guru di negeri Johor. Jasa dan…
Posted by Johor Rugby Union on Saturday, May 16, 2020
Khas buat warga pendidik, sama anda jurulatih ragbi, cikgu matematik, cikgu pendidikan jasmani, cikgu sains, cikgu fizik, cikgu sejarah, cikgu geografi, cikgu BI, cikgu BM serta semua matapelajaran lain, ingatlah bahawa CIKGU SELAMANYA LEJEN DI HATI KAMI.
Takkan terbalas budi & jasa guru-guru yang telah berkorban tanpa mengenal erti penat. Kerana cikgulah kami mengenali ragbi, kerana cikgulah ragbi menjadi darah daging kami.
Posted by Stingrays Rugby Club on Thursday, March 12, 2020
Terima kasih kerana mengajar kami erti persahabatan, erti perjuangan, erti penghormatan dan menjadikan kami insan berguna.
Kerana ragbi, ianya kekal tercatat di dalam sijil berhenti sekolah dan resume, menjadikan kami lebih istimewa daripada orang lain.
Ragbi.my
Kepada semua pendidik, dari utara hingga selatan, dari Perlis hingga ke Sabah, di bandar, di desa, baik yang masih berkhidmat ataupun telah bersara, dan yang telah pergi menghadap Ilahi, kami hanya mampu ucapkan terima kasih atas segala baktimu, hanya Allah sahaja dapat membalas budimu cikgu.
TERIMA KASIH CIKGU! Ikhlas daripada kami komuniti ragbi Malaysia.
You must be logged in to post a comment Login