Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

THOR INSPIRASI KECEMERLANGAN JRU

Penubuhan THOR wajar dijadikan contoh oleh semua pihak dalam melahirkan bakat baru sukan ragbi di peringkat sekolah

Penubuhan Tun Hussein Onn Rugby (THOR) iaitu pasukan projek kecemerlangan ragbi sekolah di negeri Johor telah diilhamkan oleh Kesatuan Ragbi Johor (JRU) di bawah kepimpinan Datuk Mohd Noorazam Osman.

Di peringkat awal, beberapa sekolah telah dicadangkan sebagai pusat operasinya. Bagaimanapun, Sekolah Sukan Negeri Johor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Kluang telah dipilih berdasarkan beberapa faktor.

Selain terdapat kemudahan asrama, sekolah ini juga menempatkan atlet-atlet terbaik di Johor dalam sukan-sukan tertentu seperti olahraga, hoki, sepak takraw, bola sepak, memanah dan bola jaring.

Pengambilan atlet THOR telah dimulakan pada tahun 2016 dengan kemasukan 18 orang atlet tingkatan 1.

Seterusnya, mereka dilatih secara sistematik, dan diberikan segala kemudahan yang diperlukan untuk menjadi pemain yang baik.

Pada dasarnya, operasi pasukan tertakluk kepada rangka kerja yang telah ditentukan oleh JRU, di mana pengurusan pasukan THOR dan ahli jawatankuasa JRU sentiasa berhubung rapat berkaitan pembangunan pasukan.

Pasukan THOR dibimbing oleh Cikgu Mohd Fazli Simin selaku pengurus merangkap jurulatih sejak awal penubuhannya. Norsyah Nizam A Aziz aka Bandot kemudiannya membantu melatih pasukan mulai 2017.THOR mempunyai pasukan bawah 17 tahun, bawah 16 tahun, bawah 15 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 13 tahun bagi variasi 10’s dan 7’s.

Lebih menarik, THOR merupakan pasukan sekolah yang dibiayai sepenuhnya oleh persatuan sukan negeri. Antara pembiayaan yang disediakan oleh JRU ialah bayaran yuran makan asrama, makanan tambahan, perlindungan insuran, kemudahan pengangkutan, jersi serta perbelanjaan menyertai pertandingan.

Keupayaan JRU membiayai dan mengumpul pemain terbaik negeri Johor di THOR dan kemudian disusuli dengan keputusan kejohanan yang memberangsangkan telah menjadikan pasukan ini unik, berbanding pasukan sekolah lain.

Pada tahun 2020, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, Johor ialah tuan rumah Kejohanan Ragbi MSSM Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun.

Bagi kategori Bawah 18 tahun, sasaran pasukan THOR ialah membantu Johor mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun sebelumnya.

Manakala sasaran bagi kategori Bawah 15 tahun ialah mencipta rekod, susulan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2018 (Kuantan) dan 2019 (Kuala Terengganu).

Malangnya, kejohanan ragbi MSSM dibatalkan pada tahun 2020 susulan pendemik Covid-19. Menjuarai kejohanan Ragbi MSSM Bawah 15 tahun merebut piala Dato’ Sulaiman Daud dua tahun berturut-turut (2018 dan 2019) merupakan kejayaan yang paling manis buat THOR.

Pada tahun 2020, pasukan THOR sempat menyertai dua pertandingan iaitu Karnival Ragbi NRDP 7’s U17 & U15 yang diadakan pada 31 Januari hingga 1 Februari di UPM.

Dalam kejohanan itu, pasukan THOR telah berjaya memenangi Johan Cup bagi kedua-dua kategori.Manakala di kejohanan MCKK Premier 7’s U17 yang diadakan pada 28 Februari hingga 1 Mac dan pasukan THOR telah memenangi Johan Plate.

MILIKI EDISI #17 DI PASARAN SEKARANG

EDISI OGOS 2021 KINI DI PASARAN

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Uruguay overturned a three-point deficit from the first leg to qualify for Rugby World Cup 2023 as Americas 1. Outscoring the Eagles four tries...

NEWS

A successful e-ballot election

FEATURES

Kini Pak Itam menabur bakti membangunkan bakat-bakat baru ragbi tanah air

NEWS

The founding president of Malaysia Touch Association (MTA) was declared elected unopposed as the President of MTA after he remained the sole candidate for...

Advertisement
0