Suatu masa dulu tanpa media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya, kita hanya bergantung kepada media massa seperti suratkhabar, radio dan televisyen.
Zaman kegemilangan ragbi satu masa dulu hanya tersimpan kemas dalam lipatan album yang kian dimamah usia. Ragbi.my mengambil inisiatif mengambalikan nostalgia sukan tercinta ini, sambil kita kekal di rumah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jom kita kembali ke zaman ‘glorious days’ dan layan koleksi gambar-gambar throwback yang disumbangkan oleh sahabat-sahabat otai eksklusif hanya di Ragbi.my
Juan Rizal, salah seorang pemain ragbi Sekolah Alam Shah (SAS) Cheras Kuala Lumpur berkongsi beberapa gambar zaman sekolahnya di samping gambar sewaktu bermain dengan kelab MORUC dan MHSOB (Melaka).




Kamarul Azlan atau lebih dikenali dengan nama Kam, adalah pemain berbakat yang dilahirkan di Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS). Bakatnya terus digilap sewaktu melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1999-2003. Bermain untuk Serdang Angels dan Selangor, Kam telah bermain dalam pelbagai kejohanan tempatan dan antarabangsa.



Erri Hardinata merupakan Setiausaha Kehormat Persatuan Ragbi Perlis. Zaman kegemilangan beliau sekitar tahun 2000 bersama pasukan ITM (sebelum UiTM) Arau Wolves menyertai kejohanan-kejohanan ragbi zon utara.

Mengimbau kenangan zaman tersebut, Erri berkata, pemain bermain dengan semangat yang tinggi demi mengharumkan nama pasukan masing-masing.
“Memori sebegini harus dikenang dan ditunjukkan kepada generasi sekarang untuk memberi panduan kepada mereka bahawa sukan ragbi sememangnya membentuk jati diri dan keperibadian seseorang itu,” jelasnya.
Anda ingin kongsikan gambar-gambar pasukan anda? Emailkan kepada bobfaizeli@ragbi.my berserta maklumat ringkat mengenai gambar tersebut.

You must be logged in to post a comment Login