Connect with us

Hi, what are you looking for?

Touch World Cup 2019
Temubual Eksklusif bersama Pengasas Malaysia Touch Association (MTA)

FEATURES

MALAYSIA PENGANJUR TERBAIK TOUCH WORLD CUP 2019

Mengimbas kejayaan Malaysia selaku penganjur terbaik Touch World Cup 2019

Kali ini Ragbi.MY berpeluang menemubual pengasas Malaysia Touch Association (MTA), Tuan Hj Ahmad Sufiani Johari mengenai penglibatan serta peranan Malaysia dalam sukan yang kini dimainkan di seluruh dunia.

Menurutnya, sukan touch sangat unik kerana memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk bermain dalam sukan yang memerlukan kepantasan, kemahiran dan semangat berpasukan ini.

Malaysia Touch Association logo
Logo rasmi MTA

Di Malaysia, komuniti sukan touch berkembang dengan pesat sehinggakan pasukan negara diwujudkan oleh penggiat sukan itu bagi menyertai kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Kemuncak kepada perkembangan sukan touch di Malaysia ialah pada tahun 2019 apabila Malaysia telah dipilih selaku venue Piala Dunia Sukan Touch Football,” jelas Sufiani.

Mengimbas kembali detik tersebut, Sufiani memberitahu, Federation Of International Touch (FIT) telah menganjurkan Piala Dunia Sukan Touch Football, 9th Touch World Cup 2019 Malaysia pada 29 April hingga 4 Mei 2019 bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Touch World Cup Malaysia 2019 logo
Logo rasmi kejohanan Piala Dunia Touch 2019 Putrajaya

Menurutnya, FIT selaku badan dunia pengelola sukan touch telah mengumumkan Malaysia sebagai pemenang bidaan Piala Dunia Touch edisi ke-9 pada bulan awal Januari 2014.

“Putrajaya telah dinamakan sebagai Bandaraya Tuan Rumah (Host City) bagi penganjuran acara yang diadakan setiap empat tahun sekali.

Temubual eksklusif Ragbi.MY bersama Tuan Hj Ahmad Sufiani

“Pada tahun 2011, Edinburgh, Scotland dipilih sebagai venue Piala Dunia Touch, diikuti Coffs Harbour (Australia) pada 2015 dan Putrajaya untuk edisi 2019,” kata Sufiani lagi.

Menurutnya lagi, penganjuran Piala Dunia Touch di Malaysia telah menyaksikan penyertaan terbesar dalam sejarah.

Ia telah disertai oleh 26 negara affiliate FIT termasuk Malaysia malah Putrajaya turut mendapat Pengkelasan ‘A’ bagi persiapan venue semasa lawatan kerja FIT ke Taman Ekuestrian Putrajaya oleh William (Bill) Ker, Setiausaha Agung FIT dan Ian Milne, FIT Event Commission pada bulan Februari 2019.

Pada ketika itu, Perbadanan Putrajaya (PPj) telah berjaya menyediakan 15 buah padang yang menepati piawaian  antarabangsa di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Semasa penganjuran Piala Dunia Touch, FIT telah menawarkan 11 kategori pertandingan iaitu Men’s Open, Women’s Open, Mixed Open, Women’s 27, Men’s 30, Mixed 30, Men’s 35, Women’s 35, Men’s 40, Men’s 45 dan Men’s 50.

Menceritakan lebih lanjut, Sufiani memberitahu bahawa kejohanan berlangsung selama enam hari menyaksikan penyertaan seramai 2,400 orang atlet daripada 117 pasukan dan berjaya menarik lebih 8,000 orang pengunjung ke Taman Ekuestrian Putrajaya di Presint 5.

Jelasnya lagi, setelah Malaysia dinamakan sebagai pemenang bidaan Piala Dunia edisi ke-9, Perbadanan Putrajaya (PPj) terus bertindak sebagai tulang belakang persiapan venue Piala Dunia tersebut sehingga 2019

“Pencapaian paling membanggakan ialah apabila Erick Acker, President FIT mengiktiraf penganjuran 9th Touch World Cup 2019 Malaysia sebagai Piala Dunia terbaik pernah dianjurkan sejak kali pertama diperkenalkan tahun 1988 di Gold Coast, Australia,” kata Sufiani mengenang kembali detik tersebut.

“Tanpa kerjasama erat semua pihak, mustahil pengiktirafan sebegini dapat dicapai dan sebagai rakyat Malaysia, saya dan semua sekretariat dan petugas terlibat pastinya tidak akan melupakan kejayaan ini,” jelasnya.

Bertitik tolak daripada kejayaan tersebut, Sufiani komited dalam menubuhkan MTA bagi memacu perkembangan sukan touch tanahair serta melahirkan bakat-bakat baru sama ada sebagai pemain mahupun pegawai pertandingan dan jurulatih.

Kini pihaknya telah merangka pelan jangka panjang bagi menjadikan sukan touch sebagai sukan utama dengan penganjuran kejohanan peringkat kebangsaan dan penyertaan di arena antarabangsa sekaligus menjadikan Malaysia pasukan disegani di rantau ini.

Ikuti majalah Ragbi.MY edisi #14 yang menampilkan sukan touch sebagai tema utama dengan penampilan istimewa Fendi X-Factor sebagai penghias muka depan.
Edisi Mac 2021 menampilkan Fendi X-Factor

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Malaysia Touch Association (MTA) has set a 10-year strategic plan to develop and further enhance the development of Touch in Malaysia. MTA President, Hj....

FEATURES

Touch, also known as Touch Football or Touch Rugby around the world, is a thrilling sport that allows people of all walks of life...

FEATURES

Rentetan kejayaan Kelab Sukan Telekom Malaysia (TM) menganjurkan kejohanan ragbi empat penjuru antara syarikat-syarikat GLC tahun lepas, kelab berkenaan kembali dengan penganjuran acara ragbi...

Advertisement
0