Connect with us

Hi, what are you looking for?

Ujang Sukom98
Penampilan istimewa Ujang sempena Syawal 1442H/2021

FEATURES

UJANG LAGENDA SEPANJANG ZAMAN

Selepas 23 tahun Sukan Komanwel Kuala Lumpur 98 dianjurkan, Ragbi.MY mengimbas kenangan skuad 7’s negara bersama lejen, Ahmad Farid Abdul Rahman

Istimewa Syawal ini, Ragbi.MY mengimbas sejarah SUKAN KOMANWEL KUALA LUMPUR 98 selepas 23 tahun penganjurannya serta penampilan istimewa atlet SUKOM 98, Ahmad Farid Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Ujang, berkongsikan pengalaman serta kenangan yang tidak mungkin luput dalam ingatan.

Khas buat pembaca setia Ragbi.MY, Ujang kali ini menceritakan kenangan beraksi dalam satu acara yang cukup bersejarah buat dirinya mahupun sukan ragbi itu sendiri.

KUALA LUMPUR 98 XVI COMMONWEALTH GAMES menyaksikan acara ragbi tujuh sebelah (7’s) dipertandingkan buat pertama kalinya.

18 negara mengambil bahagian dalam acara tersebut yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya pada 12 hingga 14 September 1998.

Mengimbas detik-detik manis itu, Ujang memberitahu, persiapan menuju SUKOM 98 bermula sejak 1994 lagi.

“Pada tahun 1994, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) berkolaborasi dalam program Jaya 98, iaitu persediaan menghadapi Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dengan mengumpulkan bakat-bakat ragbi negara untuk dipilih mewakili Malaysia,” kata Ujang memulakan bicara.

“Pada peringkat awal, seramai 50 orang pelatih dan berpotensi mewakili negara telah disenaraikan oleh KRM untuk mengikuti program Jaya 98 dan kami diberitahu hanya 10 pemain sahaja layak menyarung jersi Malaysia,” jelas Ujang.

Menggunakan segenap kudrat dan pengalaman dalam kejohanan Hong Kong 7’s dan Fiji 7’s di samping Kelayakan Piala Dunia 7’s di Sicily Itali pada tahun 1992, Ujang meneruskan perjuangan dalam usaha menempatkan diri dalam senarai 10 pemain SUKOM 98.

“Sehinggalah pada tahun 1997, bilangan pelatih hanya tinggal 15 orang sahaja dan kini program memasuki fasa paling penting iaitu penentuan senarai akhir pasukan Malaysia dan Alhamdulillah nama saya tersenarai dan itulah detik yang sangat saya ingati hingga ke hari ini,” ujarnya lagi.

IKUTI TEMUBUAL KHAS BERSAMA UJANG – ISTIMEWA SYAWAL RAGBI.MY

Ujang berkongsikan kisah menjelang SUKOM98 khas buat peminat ragbi tanah air

“Bertemu dengan pemain-pemain bertaraf bintang adalah satu penghormatan, namun maruah negara di hadapan penyokong sendiri harus dijaga dan kami telah bermain bermati-matian dan mengerah seluruh tenaga untuk mempersembahkan yang terbaik untuk semua”

Ahmad Farid Abdul Rahman – Skuad 7’s negara Sukan Komanwel 1998

Ikuti pelbagai kisah dibawakan untuk semua dalam edisi 16 Ragbi.MY yang boleh didapati melalui portal (ruangan SHOP) serta melalui platform SHOPEE Ragbi.MY

Edisi 16 Ragbi.MY dengan penampilan istimewa Ujang

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Penubuhan THOR wajar dijadikan contoh oleh semua pihak dalam melahirkan bakat baru sukan ragbi di peringkat sekolah

NEWS

Uruguay overturned a three-point deficit from the first leg to qualify for Rugby World Cup 2023 as Americas 1. Outscoring the Eagles four tries...

NEWS

A successful e-ballot election

FEATURES

Kini Pak Itam menabur bakti membangunkan bakat-bakat baru ragbi tanah air

Advertisement
0