Connect with us

Hi, what are you looking for?

UPSi KRM jalin kerjasama ragbi

NEWS

UPSI – KRM JALIN KOLABORASI PACU KECEMERLANGAN RAGBI NEGARA

Memorandum Perjanjian antara UPSI dan KRM bakal rancakkan ekosistem ragbi di Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berganding kepakaran masing-masing dalam memacu kecemerlangan sukan ragbi tanahair melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani baru-baru ini.

Selepas menyaksikan kolaborasi dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), KRM memperluaskan jaringan kerjasama dengan UPSI melalui penubuhan sebuah pusat yang dikenali sebagai MR Academy @ UPSI.

Akademi tersebut bakal menjadi pusat latihan dan pendidikan setempat dalam membangunkan atlet ragbi berprestasi tinggi melalui penganjuran kursus jangka pendek mengenai kejurulatihan, kepengadilan, teknikal, kepegawaian, perubatan serta rehabilitasi untuk semua jurulatih.

Akademi itu akan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa menerusi Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff sebagai Pengerusi selain tiga ahli masing-masing dari universiti itu termasuk KRM.

“UPSI dan KRM juga akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Teknologi Sukan UPSI/MR dengan tujuan khusus penyelidikan dan pembangunan teknologi sukan terhadap atlet prestasi tinggi, serta berpotensi memberikan kelebihan kompetitif melalui pemerkasaan dan pemantapan teknologi sukan negara.

Delegasi KRM turut dibawa melawat kemudahan yang terdapat di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI

“Selain itu, UPSI dan KRM mensasarkan dua kejohanan ragbi peringkat kebangsaan dalam tempoh setahun dan dua kali penganjuran seminar dan kursus di bawah naungan akademi bagi memberi pendedahan serta pengalaman kepada kakitangan, pelajar dan atlet UPSI dalam menganjurkan program berskala besar,” kata KRM melalui kenyataannya.

Majlis menandatangani MoA telah diadakan di Dewan Jauhar, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City dengan Md. Amin sebagai wakil UPSI manakala KRM diwakili Presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahaya.

“Kerjasama ini, diharap dapat memberi manfaat dan melonjakkan nama universiti dan KRM dalam penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa di samping dapat mengadakan hubungan jaringan strategik bersama pihak industri dan agensi kerajaan negeri termasuk PBT (pihak berkuasa tempatan) bagi merealisasikan perancangan menjadikan Tanjung Malim sebagai Bandar Belia Negara.

“Selain itu, ia juga diharap dapat memajukan sosio-ekonomi masyarakat dan industri di Tanjung Malim dengan penjanaan pendapatan menerusi penjanaan ekonomi sukan,” tambah kenyataan tersebut.

Ikuti perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan khas untuk anda oleh Ragbi.MY- Majalah ragbi pertama di Malaysia
Edisi Mac dengan penampilan khas Fendi X-Factor

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Situasi pandemik yang tidak menentu serta penguatkuasaan SOP ketat jadi penyebab utama

FEATURES

Kini menabur bakti membangunkan ragbi di peringkat IPT melalui pengalaman sebagai pemain, jurulatih & pengurus

FEATURES

Bekas kapten pasukan kebangsaan kongsi kisah kegemilangan Malaysia tahun 80-an

FEATURES

Bukit Beruang Rugby Club bermula dari bawah dan terus mencipta pelbagai kejayaan

Advertisement
0