Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

Veteran STAROBA Pertaruh Semangat Brotherhood Hadapi Saingan LRAV 2019

Veteran STAROBA berazam kekalkan momentum kecemerlangan

Pasukan Veteran STAROBA antara yang mendapat perhatian umum sepanjang kempen Liga Ragbi Alumni Veteran 2019 (LRAV 19) berlangsung.

Prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan pasukan tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada pasukan lawan mengenai kemampuan dan keupayaan Veteran STAROBA mencipta kejutan di dalam padang.

2019 Alumni Veteran Rugby League Match #5 STAROBA Rugby vs SDARA. Come and support us lads ! ? ? *20 july…

Posted by Staroba Rugby on Sunday, July 14, 2019

Ragbi.my mengambil kesempatan meninjau perancangan serta persediaan Veteran STAROBA dalam menghadapi LRAV 19. Ikuti temubual eksklusif kami bersama Pengurus Pasukan Veteran STAROBA, Hafiz Isa.

Menurut Hafiz, pasukan Veteran STAROBA dibarisi pemain-pemain yang pernah mengharumkan nama sekolah serta negeri Perak satu masa dahulu. Ianya terdiri daripada “abang-abang super senior” yang masih lagi meminati sukan ragbi.

Malah kehadiran pemain-pemain yang baru mencecah umur veteran turut menyumbang kepada kekuatan pasukan itu, jelas Hafiz.

“Sebenarnya pemain veteran seperti kami hanya bermain untuk mengeratkan hubungan sesama old boys, bukan untuk bertanding bermati-matian kerana zaman itu telah berlalu,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, kesempatan bermain ragbi dan bertemu rakan-rakan lama di padang adalah satu keistimewaan dan ianya sangat mendorong kepada semangat setiakawan atau brotherhood sesama mereka.

Setakat LRAV 19 berlangsung,  Veteran STAROBA telah berjaya menewaskan SMSOB, VIOBA, STJ HOW dan KKB.

Namun mereka terpaksa akur kepada keampuhan pasukan SDARA dalam perlawanan sebelum ini.

Manakala pada perlawanan liga yang berlangsung baru-baru ini, Veteran STAROBA menang secara ‘walkover’ apabila pasukan ASAS menarik diri.

Ditanya mengenai persediaan Veteran STAROBA sepanjang musim ini, Hafiz memberitahu bahawa pasukannya menjalani latihan sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat di Padang Timur.

“Kami sangat berpegang kepada semangat brotherhood yang diterapkan pada zaman persekolahan dahulu, kerana itulah sumber kekuatan kami,” kata Hafiz lagi.

Hafiz Isa, Pengurus pasukan Veteran STAROBA
(Pic credit: STAROBA Rugby facebook page)

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan alumni yang sentiasa hadir pada setiap perlawanan sebagai tanda sokongan kepada pasukannya.

Selain LRAV 19, pasukan Veteran STAROBA juga merancang untuk mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan tempatan antaranya Merdeka Midnight Rugby Tournament 10’s.

STAROBA brotherhood
(Pic credit: STAROBA Rugby facebook page)
One for all
(Pic credit: STAROBA Rugby facebook page)

Ragbi.my mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Veteran STAROBA, semoga kejayaan demi kejayaan dapat diraih dan sama-sama menyokong pembangunan ragbi negara.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

PENUBUHAN MALROSE BERI PELUANG KOMUNITI RAGBI TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

NEWS

Asia Rugby, working with its Competitions Committee, Player Welfare and Medical Committee, relevant stakeholders and in line with the Return to Play Guidelines provided...

NEWS

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Malaysia Rugby (MR) plans to name their development programme for match officials as ‘Akademi Cikgu Maniam’ in memory of the services...

FEATURES

Tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran khususnya buat penggiat sukan ragbi bakal berlalu pergi. Sejak penularan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan...

Advertisement
0